J Ann Pawista Bakal Mengegarkan IMACSSS & GSMACC 2020 di Everly Hotel, Putrajaya dengan Kejayaan Terbaru Beliau

Tahniah diucapkan kepada tokoh Pengkaji Silat Kebangsaan 2019, J Ann Pawista yang telah menamatkan pengajian beliau di peringkat Ijazah Sarjana Sains Sukan di Universiti Teknologi MARA.

Beliau yang telah membawa nama Malaysia ke antarabangsa apabila terpilih membentangkan kajian beliau di Portugal pada 2019, telah dipilih selaku pengkaji terbaik kebangsaan 2019.

Kini beliau sekali lagi terpilih mewakili Malaysia untuk membentangkan hasil kajian beliau di peringkat sarjana di 9th International Martial Arts and Combat Sports Scientific Society (IMACSSS) Conference & 2nd Global Scientific Martial Arts and Cultural Congress (GSMACC) 2020.

IMACSSS & GSMACC 2020 akan berlangsung pada 10-12 Oktober 2020 di Hotel Everly Putrajaya. Beliau adalah rakyat Sabah pertama yang berjaya membentangkan kajian beliau di peringkat antarabangsa (IMACSSS).

Tahniah J Ann.

J Ann Pawista Wakili Malaysia ke Eropah Selaku Pengkaji Silat Malaysia

J An Pawista Menggondol Dua Anugerah di Anugerah Silat Kebangsaan 2019

Pengkaji Silat Malaysia Cemerlang di Eropah

Author: PemegangAmanah