Mesyuarat Rasmi Kedua IMACSSS & GSMACC 2020

Mesyuarat Penganjuran Kedua International Martial Arts and Combat Sports Scientific Society Conference 2020 (IMACSSS) dan Global Scientific Martial Arts and Cultural Congress 2020 (GSMACC) yang bakal berlangsung pada 10-12 Oktober 2020 di Everly Hotel Putrajaya. Persidangan ini bakal disertai oleh delegasi-delagasi seni mempertahankan diri dari 20 buah negara.

Mesyuarat berlangsung pada 6 September 2020, dari jam 9 pagi – 5 petang di Kinrara Resort, Puchong.

Mesyuarat dihadiri oleh ramai wakil-wakil rasmi dari Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Kementerian Kerja Raya, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM Shah Alam, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM), Persekutuan Silat Olahraga Nasional Malaysia (PESONA Malaysia), IMACSSS dan ramai lagi.

Turut hadir ke mesyuarat ini adalah Pengerusi merangkap Guru Utama, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysi, Dekan FSR, UiTM Shah Alam iaitu Prof Madya Dr Mohad Anizu Md Nor, Ahli-ahli Majlis Tertinggi PSGFM Kuala Lumpur dan Selangor, Ahli-ahli Majlis Tertinggi PESONA Malaysia dan Presiden PESONA Malaysia iaitu Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie.

Penceramah Jemputan iaitu Prof Madya Datin Dr Sarina Md Yusof turut hadir memberikan ceramah mengenai teknik dan taktik penganjuran persidangan peringkat antarabangsa.

Fatani Nusa Bakti

 

 

 

 

Rujukan:

Second GSMACC & IMACSSS 2020 Committee Official Meeting

https://gsmacc.my/second-gsmacc-imacsss-2020-committee-official-meeting/

Author: PemegangAmanah