KEJOHANAN SILAT KEBANGSAAN

Setiap bangsa mempunyai ilmu seni perang yang di dalamnya terdapat ilmu seni bela diri, kepada orang Melayu dikenali sebagai silat, gayung, pencak atau kali. Namun perkataan silat adalah lebih masyhor digunakan. Pada umumnya Silat Melayu ialah merujuk kepada silat yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Silat pulut atau gayung pulut telah dikenali sebagai sukan tradisi silat Melayu yang dimainkan di masa-masa singgang atau di majlis-majlis rasmi menyambut tamu, nikah kahwin atau kendiri kendara makan pulut. Silat harus mengambil langkah ilmu seni bela diri dari timur seperti karate, judo, sumo dari Jepun, taekwondo dari Korea, wushyu dari Cina, kalaripayat dari India, Tomoi dari Thailand dan pencak silat dari Indonesia telah berjaya berkembang dan menjadi sukan popular.

Malaysia sebuah negara maju boleh menampilkan sukan silat bagi mengukuhkan pembangunan silat sejajar dengan hasrat negara mengiktiraf silat sebagai seni bela diri rasmi yang diwartakan dalam Akta Warisan Negara. Bagi tujuan tersebut PSGFM, FSR & PESONA mengambil langkah meningkatkan sukan atau permainan silat pulut atau gayung yang diamalkan selama ini kepada Kejohanan Silat Melayu, kini dikenali sebagai Kejohanan Silat Malaysia.

Usaha membangunkan Kejohanan Silat Malaysia tidak menghalang mana-mana pihak membangunkan sukan seni bela diri bukan silat dari luar. Kejohanan Silat Malaysia mempunyai ciri tersendiri, asas yang kukuh dari aspek falsafah, kurikulum, sejarah dan sukan tradisi berbudaya Malaysia. Kejohanan Silat Malaysia berkonsep pertandingan sifar kecederaan dapat melahirkan insan dan masyarakat sihat yang seimbang pada zahir dan batin serta mengamalkan akhlak dan nilai-nilai murni seperti berani, yakin, jujur, kerjasama, setia, hormat, takwa, sabar, tanggung jawab, kasih sayang, tangkas, bijaksana dan cintakan silat sebagai seni budaya warisan negara.

Kejohanan Silat Malaysia merupakan usaha membangunkan dan mengukuhkan silat sebagai seni bela diri bangsa Malaysia serta memartabatkan Malaysia sebagai negara silat dan pusat perkembangan silat di peringkat antarabangsa.

Kejohanan itu akan memberi ruang kepada para pelajar, pensyarah dan alumni untuk bekerjasama bersama-sama dengan pihak industri sukan (seni mempertahankan diri) dalam usaha UiTM menjadi sebuah universiti unggul bertaraf dunia yang menjadi rujukan penting dalam tamadun ilmu, kesarjanaan dan penyelidikan serantau. Selain itu, ia membantu memenuhi keperluan Sasaran Petunjuk Prestasi Tahun 2023 khasnya PI079, PI080.

Jawatankuasa penganjur menyedari program itu adalah selaras dengan Cabaran Global untuk Ketelusan Kerajaan (Global Challenge for Government Transparency): Agenda Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2030 oleh UNESCO. Kejohanan ini juga mendukung SDG 2030 terutamanya dalam Agenda 3 Mewujudkan Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik, Agenda 4 Menyediakan Pendidikan Berkualiti, Agenda 5 Menguatkuasakan Kesaksamaan Gender, Agenda 16 Menjamin Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kuat dan Agenda 17 Pembinaan Perkongsian untuk Matlamat.

Ini juga selaras dengan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) Membangun Bakat Masa Hadapan dalam Strategi B1 Meningkatkan Kualiti Pendidikan dan Meningkatkan Pertahanan, Keselamatan dan Kesejahteraan serta Perpaduan Bidang Keutamaan D Memanfaatkan Sukan dalam Membina Negara Aktif terutamanya Strategi D1 Mempromosikan Sukan untuk Gaya Hidup Aktif dan Sihat, Strategi D2 Meningkatkan Kecemerlangan Sukan dan Strategi D3 Membangunkan Industri Sukan.

Sejarah Penganjuran Silat Peringkat Kebangsaan & Antarabangsa:

Kejohanan Silat Kebangsaan 2023, Space U8, Shah Alam Selangor, 16 – 18 Jun 2023