Sah Perasmian Pembukaan IMACSSS & GSMACC 2020 oleh Datuk Abdul Rashid Asari

 

Dunia bakal memberikan perhatian kepada persidangan antarabangsa International Martial Arts and Combat Sports Scientific Society Conference 2020 (IMACSSS) dan Global Scientific Martial Arts and Cultural Congress 2020 (GSMACC) yang bakal berlangsung pada 10-12 Oktober 2020 di Everly Hotel Putrajaya.

Persidangan ini bakal disertai oleh delegasi-delagasi seni mempertahankan diri dari 20 buah negara. 

Persidangan yang bakal berlangsung pada 10 hingga 12 Oktober di Everly Hotel, Putrajaya bakal menjadi tumpuan kerana satu-satunya persidangan yang berlangsung di dunia seni mempertahankan diri pada tahun ini.

Lebih unik lagi 9 acara berbeza bakal berlangsung pada persidangan tersebut iaitu:

  • 10th Anniversary of IMACSSS – ya bakal disambut di Malaysia. Sebagai tuan rumah Malaysia berbangga dengan pemilihan tersebut dan bakal meraikannya bersama-sama delagasi tempatan dan antarabangsa.
  • 9th International Martial Arts and Combat Sports Scientific Society Conference 2020 (IMACSSS) yang bakal membabitkan 50 orang pembentang tempatan dan antarabangsa.
  • 2nd Global Scientific Martial Arts and Cultural Congress 2020 (GSMACC) yang bakal mengumpul pengkaji-pengkaji seni mempertahankan diri dan sukan kombat dari Malaysia dan antarabangsa.
  • 1st International Silat Symposium yang bakal memberikan maklumat terkini berkenaan pengembangan Silat Melayu di Malaysia dan antarabangsa.
  • 1st Martial Arts & Cultural Gala (MACG) yang bakal mengumpul pakar-pakar beladiri dunia dalam satu persembahan seni mempertahankan diri yang unik dalam satu persidangan.
  • 1st Martial Arts & Cultural Exchange (MACE) yang bakal memberi peluang kepada para peserta menyertai dan mempelajari seni mempertahankan diri daripada pakar-pakar beladiri dunia dalam bengkel yang unik.
  • 1st International Silat Tempur Invitational Championship (InSTIC) adalah yang pertama didunia yang bakal melibatkan para atlet yang handal dari pelbagai negara. Pastikan anda telah menempah tiket anda ke acara tersebut!
  • 1st International Silat Seni Invitational Championship – bukan sahaja sukan tempur dipertandingkan, keindahan Silat Melayu juga dipertandingakan pada 11 Oktober 2020. Anda pasti belajar sesuatu di sini!
  • 1st International Sponsorship Workshop on Biomechanics  – pihak VICON yang diwakili oleh Summit Features Sdn Bhd bakal membuatkan kejutan di IMACSSS & GSMACC 2020 dengan maklumat terkini berkenaan teknologi biomekanik dalam sukan seni mempertahankan diri.

Adakah anda sudah menempah tiket anda ke persidangan tersebut?

Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) berbesar hati dengan persetujuan daripada penaung PSGFM iaitu Yang Berhormat Datuk Abdul Rashid Asari yang setuju untuk hadir dan merasmikan persidangan antarabangsa IMACSSS & GSMACC 2020.

Alhamdulillah, hubungan yang baik di antara pihak pengurusan PSGFM dengan beliau juga menunjukkan sokongan kerajaan kepada usaha yang dilakukan oleh PSGFM dalam memertabatkan silat di peringkat antarabangsa.

Semangat yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat Datuk amat dihargai dan wajar diberikan pujian dan pengiktirafan oleh semua pihak yang mengikuti secara langsung dan tidak langsung pengembangan Silat Melayu di peringkat antarabangsa.

Tahniah kepada beliau daripada PSGFM.

Fatani Nusa Bakti

 

 

Author: PemegangAmanah