MESYUARAT RASMI KETIGA IMACSSS & GSMACC 2020

Mesyuarat Penganjuran Ketiga International Martial Arts and Combat Sports Scientific Society Conference 2020 (IMACSSS) dan Global Scientific Martial Arts and Cultural Congress 2020 (GSMACC) yang bakal berlangsung pada 10-12 Oktober 2020 di Everly Hotel Putrajaya.

Persidangan ini bakal disertai oleh delegasi-delagasi seni mempertahankan diri dari 20 buah negara. Mesyuarat berlangsung pada 20 September 2020, dari jam 9 pagi – 5 petang di Everly Hotel, Putrajaya.

Mesyuarat dihadiri oleh ramai wakil-wakil rasmi dari Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Kementerian Kerja Raya, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM Shah Alam, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM), Persekutuan Silat Olahraga Nasional Malaysia (PESONA Malaysia), IMACSSS dan ramai lagi.

Turut hadir ke mesyuarat ini adalah Dekan FSR, UiTM Shah Alam iaitu Prof Madya Dr Mohad Anizu Md Nor, Ahli-ahli Majlis Tertinggi PSGFM Kuala Lumpur dan Selangor, Ahli-ahli Majlis Tertinggi PESONA Malaysia dan Presiden PESONA Malaysia iaitu Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie.

Pihak Everly Hotel yang diwakili oleh pengurus acara iaitu Encik Fitri juga hadir memberikan penerangan terperinci mengenai persiapan penganjuran pertama persidangan peringkat antarabangsa seni mempertahankan diri di Malaysia.

Persidangan ini bakal mencipta sejarah kerana satu-satunya acara yang berlangsung di dalam dunia seni mempertahankan diri secara langsung dari Malaysia dan bakal disertai oleh delegasi-delegasi antarabangsa secara langsung di alam maya.

Fatani Nusa Bakti

Rujukan:

Third GSMACC & IMACSSS 2020 Committee Official Meeting

https://gsmacc.my/third-gsmacc-imacsss-2020-committee-official-meeting

Author: PemegangAmanah