Mesyuarat Rasmi Pertama IMACSSS & GSMACC 2020

Mesyuarat Penganjuran Pertama International Martial Arts and Combat Sports Scientific Society Conference 2020 (IMACSSS) dan Global Scientific Martial Arts and Cultural Congress 2020 (GSMACC) yang bakal berlangsung pada 10-12 Oktober 2020 di Everly Hotel Putrajaya yang akan melibatkan 20 buah negara. 

Mesyuarat berlangsung pada 16 Ogos 2020, dari  jam 9 pagi – 4 petang di Kinrara Resort, Puchong.

Mesyuarat dihadiri oleh ramai wakil-wakil rasmi dari Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Kementerian Kerja Raya, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM Shah Alam, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM), Persekutuan Silat Olahraga Nasional Malaysia (PESONA Malaysia), IMACSSS dan ramai lagi.

Turut hadir ke mesyuarat ini adalah Dekan FSR, UiTM Shah Alam iaitu Prof Madya Dr Mohad Anizu Md Nor, Ahli-ahli Majlis Tertinggi PSGFM Kuala Lumpur dan Selangor, Ahli-ahli Majlis Tertinggi PESONA Malaysia dan Presiden PESONA Malaysia iaitu Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie.

Fatani Nusa Bakti

 

Rujukan:

https://gsmacc.my/first-gsmacc-imacsss-2020-organizing-official-meeting/

Author: PemegangAmanah