J An Pawista Menggondol Dua Anugerah di Anugerah Silat Kebangsaan 2019

Kinrara, Selangor – Penyelidik dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR),  Universiti Teknologi MARA, Shah Alam Selangor, J An Pawista menggondol dua anugerah di Majlis Makan Malam Anugerah Silat Kebangsaan 2019 (ASK2019) yang berlangsung gilang-gemilang di Kinrara Resort Hotel, Selangor.

Beliau telah menerima Anugerah Pengkaji Silat Terbaik 2019 dan Anugerah Khas Pengembang Silat Antarabangsa sekaligus menjadi pengkaji wanita pertama dari Sabah yang berjaya merangkul dua anugerah kebangsaan sepanjang sejarah penganjuran ASK sejak tahun 2017.

Lebih manis lagi apabila kejayaan beliau ini disaksikan oleh Dekan FSR, Prof. Dr Mohad Anizu yang turut hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung gilang-gemilang ini.

Berikut adalah keputusan rasmi ASK2019:

Tahniah kepada semua yang berjaya. Semoga tahun 2020 memberikan impak yang terbaik kepada kita semua untuk terus menyumbang bakti kepada agama, bangsa dan negara melalui perkhidmatan silat.

FATANI NUSA BAKTI

 

Author: PemegangAmanah