Pengkaji Silat Malaysia Cemerlang di Eropah

Para pengkaji Silat Malaysia dari Seni Gayung Fatani cemerlang semasa membincangkan dan membahaskan tajuk-tajuk yang dibentangkan di Scientific Congress on Martial Arts and Combat Sports (SCMACS) yang berlangsung di Viseu, Portugal pada 10-12 Oktober 2019.

Mereka adalah Dahlia Al-Syurgawi, J Ann Pawista dan Tuan Guru GM Prof Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie.

Dr Mohamad Nizam juga telah mempengerusi sesi pada hari kedua dan perbincangan mendapat sambutan hangat mengenai Sukan Silat iaitu silat olahraga dan silat tempur.

Beliau juga telah membentangkan persidangan IMACSSS 2020 yang bakal berlangsung di Putrajaya Malaysia.

Satu kejayaan yang hebat dari para panglima dan srikandi PSGFM Official!

Fatani Nusa Bakti.

 

Author: PemegangAmanah