Kejayaan demi Kejayaan PSGFM di Tahun 2018 – Kerana Itu Kami Silat Terbaik di Asia!

Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) adalah sebuah perguruan silat yang paling berjaya dalam sejarah persilatan di Malaysia. Selaku sebuah organisasi yang mantap dan teratur dari segi pengalaman dan struktur pentadbirannya dalam penganjuran sebarang aktiviti mahupun program pada tahun 2018.

Kombinasi yang mantap di antara golongan professional yang terlibat secara langsung dalam organsasi ini, PSGFM terkenal sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan seni mempertahankan diri bangsa Malaysia dengan pelbagai aktiviti yang berteraskan budaya Melayu.

Diketuai oleh Tuan Guru Super Grandmaster, YM Aminuddin Anuar yang bertindak secara langsung dalam mengatur langkah dan strategi di alaf yang serba moden ini, PSGFM telahpun menambat hati ramai pihak dengan perancangan yang diatur sejak 5 tahun yang lepas.

Berikut adalah kejayaan-kejayaan yang diperolehi oleh PSGFM untuk tahun 2018:

JANUARI 2018

  1. Penganjuran Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan Siri I/2018, Piala Aminuddin Anuar 2018.
  2. Mesyuarat Agung PSGFM Sesi 2017-2019.


FEBRUARI 2018

  1. Penghasilan kajian ilmiah di peringkat antarabangsa oleh pengkaji PSGFM.
  2. Memorandam persefahaman dengan rangkaian persilatan negeri-negeri utara Malaysia.


MAC 2018

  1. PERASMIAN SILAT NEGERI KEDAH


APRIL 2018

  1. PASUKAN SILAT SHAH ALAM MENDAPAT PERHATIAN AHLI PARLIMEN SHAH ALAM & DUN KOTA ANGGERIK
  2. RADIKAL FITNESS PENAJA UTAMA PIALA AMINUDDIN ANUAR 2018
  3. BENGKEL KITA JUARA 2018


MEI 2018

  1. KEJOHANAN SILAT TEMPUR PERINGKAT KEBANGSAAN SIRI II / 2018, PIALA AMINUDDIN ANUAR


JUN & JULAI 2018

  1. PSGFM PENERAJU KAJIAN-KAJIAN ILMIAH SILAT MELAYU DI PERINGKAT ANTARABANGSA – TAHNIAH!
  2. KEJAYAAN TERHADAP PENGKAJI SILAT TERBAIK PSGFM 2017 – IJAZAH SARJANA SUKAN SILAT DALAM GENGGAMAN.
  3. SEJARAH TERCIPTA – MAJLIS TERTINGGI PSGFM BERSIDANG SEBULAN SEKALI MULAI JANUARI 2018.
  4. PENDITA SILAT DIJEMPUT MENGENDALIKAN BENGKEL SILAT DI EROPAH – JOM KE PARIS!


OGOS 2018


  1. KEJOHANAN SILAT TEMPUR PERINGKAT KEBANGSAAN SIRI III/2018, PIALA AMINUDDIN ANUAR
  2. KONGRES SENI GAYUNG FATANI ANTARABANGSA 2018 (KALI PERTAMA)
  3. SIMPOSIUM SILAT MELAYU PERINGKAT KEBANGSAAN 2018 (KALI PERTAMA)


SEPTEMBER 2018

  1. PSGFM selaku panel pembentang Kurikulum Seni Silat Malaysia memperkasakan wanita untuk program Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
  2. Geran 100K kepada sekolah-sekolah berminat mengembangkan Seni Silat Melayu.

 


OKTOBER / NOVEMBER 2018


  1. SILAT EUROPEAN TOUR 2018
  2. DUTA SILAT MALAYSIA KE EROPAH

DISEMBER 2018

  1. KEJOHANAN SILAT KEBANGSAAN – PIALA AMINUDDIN ANUAR (SIRI IV/2018)
  2. ANUGERAH SILAT KEBANGSAAN 2018

Author: PemegangAmanah