Kejayaan Demi Kejayaan

Alhamdullilah, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) mengucapkan tahniah di atas kejayaan para pengkaji tegar Silat Melayu iaitu kepada Tuan Guru Super GM Prof Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie bersama-sama pasukan pengkaji di Wales, United Kingdom yang berjaya menerbitkan kajian silat di peringkat antarabangsa berjudul, Effect of circuit training on fighting performance of young silat athletes – A case study.

Walaupun beliau begitu sibuk dengan pelbagai aktiviti PSGFM untuk tahun 2017-2018, kajian ini menunjukkan komitmen beliau dalam mendaulatkan Seni Silat Melayu ke peringkat antarabangsa. Kajian ini telah mendapat tempat di peringkat antarabangsa di MOHE2017 dan kini diterbitkan atas pengiktirafan Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia terhadap pencapaian beliau.

Manakala kejayaan ini juga bertambah serinya apabila Puan Sri Dahlia Syurgawi berjaya menerbitkan kajian beliau berjudul The effects of a 6-week plyometric training on agility performance in silat olahraga. Beliau yang memenangi Anugerah Pengkaji Terbaik Malaysia di Anugerah Silat Kebangsaan 2017 juga telah membentangkan kajian beliau di MOHE2017 dan mendapat pengiktirafan untuk kajian beliau.

 

Kajian silat di Malaysia kini mengorak langkah dengan kehadiran para pengkaji dari PSGFM. Semoga sumbangan mereka ni dapat menjulang nama Malaysia di peringkat antarabangsa selaku negara Silat yang menyumbang kepada peradapan dunia.

Tahniah dari PSGFM!

 

Author: PemegangAmanah