Kejohanan Silat Tempur Piala Aminuddin Anuar 2019 – Liga Silat Pertama Di Dunia Bertaraf 5 Bintang

Kinrara, Selangor – Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa, Piala Aminuddin Anuar 2019 bakal berlangsung dengan 4 siri kejohanan yang bakal menarik perhatian para pesilat dalam dan luar negara.

Kejohanan yang bakal melibatkan hampir 300 orang pesilat bakal menarik perhatian pasukan ternama seperti Akademi Silat Malaysia, Pusat Cemerlang Silat, Kelab Silat Fatani Bersatu, Kelab Silat Tempur Serdang, pasukan Australia, pasukan Syria, Kelab Silat Tempur Sepang Bersatu, Kelab Silat Olahraga Seremban, Kelab Silat Sandakan dan lain-lain lagi.

Elissa Sarah adalah merupakan antara atlit silat remaja yang berbakat untuk mewakili Malaysia dalam masa 8 tahun dari sekarang.
Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa 2019 bakal menarik perhatian pesilat Australia dan Syria.

Penganjuran ini adalah merupakan liga silat kebangsaan pertama yang melibatkan peserta di peringkat kanak-kanak dan remaja. PSGFM telah berjaya menganjurkan 4 kejohanan atau empat siri liga kebangsaan pada tahun 2018. Kejayaan penganjuran ini adalah satu usaha yang wajar dibanggakan kerana PSGFM berjaya menganjurkannya tanpa sebarang bantuan daripada pihak kerajaan negeri mahupun pusat ataupun agensi berkaitan kerajaan.

Keempat-empat siri liga silat kebangsaan akan dianjurkan di Kinrara Resort, Puchong yang bertaraf Hotel dan Resort 5 bintang mengikut tarikh-tarikh yang telah dipersetujui oleh semua pihak. Kejohanan yang bertaraf lima bintang ini adalah hasil kerjasama semua pihak termasukalah pihak ibu bapa, para pesilat, jurulatih-jurulatih silat serta MT PSGFM.

Kejayaan penganjuran yang kini diiktiraf di peringkat antarabangsa ini adalah satu usaha yang amat dibanggakan oleh masyarakat Malaysia kerana pengajuran ini dilakukan tanpa bantuan secara langsung dari mana-mana agensi kerajaan di peringkat pusat mahupun di peringkat negeri.

Tahniah diucapkan kepada Tuan Guru GM Prof Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie kerana telah berusaha keras membangunkan sukan silat tempur ini sejak 2013. Usaha ini amat hebat kerana beliau membangunkan sukan ini mengikut acuan seni silat Malaysia. Hebat!

Aminuddin Anuar, Guru Utama PSGFM

Ini menunjukkan bahawa komitmen tinggi yang dilakukan oleh pihak penganjur iaitu Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) yang diketuai oleh Yang Mulia Super Grandmaster Aminuddin Anuar (Pengerusi merangkap Guru Utama PSGFM) telah memberikan impak yang besar kepada pengembangan sukan silat di dunia.

Berikut adalah sejarah kejohanan ini sejak diperkenalkan pada 2013 oleh GM Prof. Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie.

10-12/04/14 Universiti Malaya, KUALA LUMPUR
21-23/08/14 Universiti Teknologi MARA, SEREMBAN
23-25/12/14 Seri Gelora Hall, KUANTAN
07-09/05/15 Section 7 Hall, BANDAR BARU BANGI
24-26/08/17 Section 2 Hall, BANDAR BARU BANGI
23-25/11/17 Section 7 Hall, BANDAR BARU BANGI
25-27/01/18 Sherwood Gateway Hotel, BANDAR BARU BANGI
03-05/05/18 Sherwood Gateway Hotel, BANDAR BARU BANGI
09-11/08/18 Sherwood Gateway Hotel, BANDAR BARU BANGI
31/1/2018 – 02/12/18 Kinrara Resort, PUCHONG

Author: PemegangAmanah