24 Mac 2019 – Siri Pertama Silat Tempur Bakal Berlangsung di Kinrara Resort, Puchong, Selangor.

Shah Alam, Selangor – Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa Siri 1/2019, Piala Aminuddin Anuar bakal berlangsung pada 24 Mac 2019 di Kinrara Resort, Puchong Selangor Darul Ehsan.

Adalah dijangkakan jumlah peserta yang bakal menyertai kejohanan kali ini adalah ramai kerana pada tahun 2018, 4 siri kejohanan yang berlangsung telah melibatkan hampir 200 orang peserta dalam dan luar negara.

DIIKTIRAF ANTARABANGSA

SUKAN SILAT TEMPUR

Turut menarik perhatian pasukan ternama di Malaysia adalah Akademi Silat Malaysia, Pusat Cemerlang Silat, Kelab Silat Fatani Bersatu, Kelab Silat Tempur Serdang, pasukan Australia, pasukan Syria, Kelab Silat Tempur Sepang Bersatu, Kelab Silat Olahraga Seremban dan lain-lain lagi.

Menurut Pengarah Teknikal Kejohanan, Tuan Guru GM Prof Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie, Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa, Piala Aminuddin Anuar telah berlangsung sebanyak 4 siri pada tahun 2018 dan 2 siri pada 2017.

Menurut beliau lagi penganjuran ini adalah merupakan liga silat kebangsaan pertama yang melibatkan peserta di peringkat kanak-kanak dan remaja. Kejayaan penganjuran yang kini diiktiraf di peringkat antarabangsa ini adalah satu usaha yang amat dibanggakan oleh masyarakat Malaysia kerana penganjuran ini dilakukan tanpa bantuan secara langsung dari mana-mana agensi kerajaan di peringkat pusat mahupun di peringkat negeri.

KEJOHANAN BERTARAF LIMA BINTANG

Ini menunjukkan bahawa komitmen tinggi yang dilakukan oleh pihak penganjur iaitu Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) yang diketuai oleh Yang Mulia Super Grandmaster Aminuddin Anuar (Pengerusi merangkap Guru Utama PSGFM) telah memberikan impak yang besar kepada pengembangan sukan silat di dunia.

Berikut adalah sejarah kejohanan ini sejak diperkenalkan pada tahun 2013:

10-12/04/14 Universiti Malaya, KUALA LUMPUR
21-23/08/14 Universiti Teknologi MARA, SEREMBAN
23-25/12/14 Seri Gelora Hall, KUANTAN
07-09/05/15 Section 7 Hall, BANDAR BARU BANGI
24-26/08/17 Section 2 Hall, BANDAR BARU BANGI
23-25/11/17 Section 7 Hall, BANDAR BARU BANGI
25-27/01/18 Sherwood Gateway Hotel, BANDAR BARU BANGI
03-05/05/18 Sherwood Gateway Hotel, BANDAR BARU BANGI
09-11/08/18 Sherwood Gateway Hotel, BANDAR BARU BANGI
31/1/2018 – 02/12/18 Kinrara Resort, PUCHONG

Author: PemegangAmanah