Kejohanan Silat Tempur – 4 Siri Kejohanan Bakal Berlangsung Pada 2019

Kinrara, Puchong – Empat siri kejohanan Silat Tempur akan berlangsung pada tahun 2019 di mana bakal melibatkan 20 kelab silat di Malaysia. Pihak penganjur iaitu Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) menyasarkan seramai 500 orang penyertaan dari kelab-kelab silat yang aktif mengembangkan silat di Malaysia.

Berikut adalah tarikh-tarikh yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan tertinggi PSGFM dalam usaha mengembangkan lagi sukan yang makin popular ini.

  • 22 – 24 Mac 2019 (Kinrara Resort, Puchong Selangor)
  • 3-5 Mei 2019
  • 23 – 25 Ogos 2019
  • 22 – 24 November 2019

Berikut adalah sejarah kejohanan ini sejak diperkenalkan pada 2013 oleh GM Prof. Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie.

10-12/04/14 Universiti Malaya, KUALA LUMPUR
21-23/08/14 Universiti Teknologi MARA, SEREMBAN
23-25/12/14 Seri Gelora Hall, KUANTAN
07-09/05/15 Section 7 Hall, BANDAR BARU BANGI
24-26/08/17 Section 2 Hall, BANDAR BARU BANGI
23-25/11/17 Section 7 Hall, BANDAR BARU BANGI
25-27/01/18 Sherwood Gateway Hotel, BANDAR BARU BANGI
03-05/05/18 Sherwood Gateway Hotel, BANDAR BARU BANGI
09-11/08/18 Sherwood Gateway Hotel, BANDAR BARU BANGI
31/1/2018 – 02/12/18 Kinrara Resort, PUCHONG

Edisi yang kesebelas akan berlangsung di Kinrara Resor, Puchong, Selangor Darul Ehsan. Pihak PSGFM telah berjaya membuat perbincangan lokasi kejohanan yang memberikan kemudahan penginapan dan pertandingan yang lengkap kepada para pegawai dan peserta yang mengambil bahagian.

Bercakap kepada media, Pengarah Teknikal Kejohanan iaitu Tuan Guru GM Prof Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie menyatakan bahawa pertandingan Silat tempur menekankan bahawa silat ialah ilmu pergaduhan atau pertempuran secara berhadapan yang menggunakan tulang empat kerat secara tanpa senjata atau bersenjata. Asas gerakan adalah di atas satu garisan lurus sama ada secara maju atau undur.

Oleh itu pesilat harus mahir melakukan serang bela yang selamat dan boleh mendatangkan hasil atau markah. Para Jurulatih Silat mestilah memberi latihan dan kefahaman peraturan bertandingan. Maknanya sukan silat yang diamalkan nanti harus tidak menyimpang daripada gerak, kaedah, rupa dan bentuk silat.

Pihak PSGFM telah menerima sokongan daripada pengurusan Kinrara Resort yang menyediakan kemudahan sukan silat yang lengkap kepada para pesilat, jurulatih, ibu bapa dan penonton yang hadir. Pada tahun 2018 kejohanan ini telah menarik seramai 3000 orang hadir ke empat siri kejohanan yang di jalankan di Bandar Baru Bangi dan Kinrara.

Author: PemegangAmanah