Kerjasama Persefahaman Bersama Negeri Utara

Pertemuan Ahli-ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) bersama wakil negeri-negeri utara Malaysia menunjukkan bahawa kepimpinan Tuan Guru Utama, YM Super Grandmaster Aminuddin Anuar adalah yang terbaik dalam mengetuai Silat di Malaysia.

Tambahan pula ketika ini pihak PESAKA Malaysia telah bekerjasama dengan individu-individu yang menggunakan nama PSGFM secara tidak sah sejak tahun 2013 sekaligus mencalar kepimpinan barisan PESAKA yang ada ketika ini.

Pihak PSGFM melalui Setiausaha Agung PSGFM iaitu Tuan Guru GM Mohd Shahiid Elias mengakui bahawa kerjasama ini akan mengukuhkan lagi kedudukan Seni Silat Melayu di Malaysia.

Katanya lagi adalah wajar PSGFM bertindak sebagai pertubuhan silat yang menerajui Silat Melayu berdasarkan pencapaian dan rekod hebat yang dicatatkan sejak 5 tahun yang lepas.

Tambahan pula pihak PESAKA sejak tahun 1997 menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengembangan Pencak Silat (Indonesia) yang diakui bakal menggugat Silat Melayu di Malaysia.

Barisan kepimpinan PESAKA yang bertungkus lumus mempromosikan pencak silat sehingga sanggup berbelanja besar ke Jakarta dan luar negara semata-mata menunjukkan komitmen mereka dalam memperjuangkan Sukan Tanding dan Pencak Silat milik Indonesia. Selain itu juga terdapat pihak yang mempromosikan Pencak Silat melalui program realiti TV yang disiarkan di TV Al-Hijrah.

Diharapkan kerjasama yag erat di antara pihak PSGFM dan Seni Silat di negeri utara dapat mengukuhkan lagi pengembangan Silat Melayu ke seluruh negara.

Insya-Allah sama-sama kita nantikan.

FATANI NUSA BAKTI

Author: PemegangAmanah