Maal Hijrah 1441 / 2019 Mengajar Kita Erti Berkata Benar Walaupun Tidak Disukai Ramai

Hadis Riwayat Ibnu Hibban RH,

“Berkata benarlah sekalipun pahit”

Sempena Maal Hijrah 1441, marilah kita merenung kembali kepada erti kebenaran yang telah di bawa ke arena persilatan di Malaysia oleh Allahyarham Tuan Guru Anuar Abdul Wahab (1945 – 2019).

  • Masyarakat di Malaysia telah dimomokkan dengan banyak fahaman pencak silat dari Indonesia.
  • Rata-rata masyarakat bangga memakai baju t-shirt berwarna hitam dengan corak-corak yang menonjolkan maksud Pencak Silat itu sendiri.
  • Ketidakfahaman ini adalah jelas apabila berbondong-bondong mereka mempelajari silat (walhal perguruan mereka adalah agen pencak silat) tetapi sebenarnya mengangkat mertabat pencak silat.
  • Tambah-tambah lagi sukan pencak silat iaitu Tanding dipertandingkan di SEA GAMES dan ASIA GAMES.
  • Walhal, Indonesia mengubah sukan Silat Olahraga kepada Tanding demi survival mereka menjadikan sukan sebagai alat kesatuan bangsa Indonesia.
  • Lebih malang lagi, ada yang masuk berTANDING tetapi tidak belajar silat mahupun pencak silat.
  • Walhal dalam erti kata lain, mereka tidak mahu masyarakat Malaysia (terutamanya mereka bergelar Melayu khasnya) mengenali mana satu pencak silat dan mana satu Seni Silat Melayu.
  • Lebih parah lagi apabila usaha murni pencak silat yang didokong oleh Persilat (Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa) kini dikembangkan secara mekar oleh Persekutuan Kebangsaan Malaysia (PESAKA) di Malaysia.
  • PESAKA menjadi agen pencak silat nombor satu di Malaysia.
  • Hanya mereka yang telah lama bersilat akan memahami maksud memertabatkan Seni Silat di Malaysia.
  • Kalau ingin mengetahui perbezaan jelas di antara kedua-dua seni mempertahankan ini boleh rujuk di http://www.KurikulumSilat.com.
  • Sehubungan itu, pihak pengurusan tertinggi PSGFM mengambil inisiatif ini untuk bersama-sama semua ahli mengimbau kembali perjuangan Allahyarham Tuan Guru Anuar Abdul Wahab AMN yang berusaha keras memajukan Silat di Malaysia menerusi Kurikulum Seni Silat Malaysia pada tahun 2002 – 2007.
  • Kurikulum silat ini adalah berdasarkan kandungan pelajaran silat Melayu yakni silat asli tempatan versi Malaysia, merupakan yang pertama dihasilkan di Malaysia dan dalam dunia persilatan Melayu lalu dinamakan sebagai Kurikulum Seni Silat Malaysia.
  • Kurikulum yang diwujudkan dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Persekutuan Kebangsaan Malaysia (PESAKA) ini telah berjaya dijalankan dalam usaha negara memastikan silat tidak pupus pada suatu hari nanti.
  • Namun kemudiannya, selepas beberapa siri bengkel, seminar dan pertandingan dijalankan PESAKA tidak menyokong program ini atas alasan Kurikulum Seni Silat Malaysia hanya berasaskan satu silat iaitu Seni Gayung Fatani.
  • Persoalannya adakah silat asli Melayu selain Seni Gayung Fatani Malaysia yang mempunyai kandungan pelajaran yang asli, muzik, pakaian, identiti, bahasa, sempadan, sejarah dan kejayaan seperti PSGFM Official dalam memertabatkan Silat Melayu di peta dunia?
  • Kita selaku penyambung waris bangsa Melayu yang gagah berani dalam mempertahankan Seni Silat Melayu (Seni Silat Malaysia) daripada dicampur adukkan kepada pelbagai bentuk yang mengikis identiti bangsa.
  • Silat kita tidak perlu dicampur aduk dengan yang lain kerana identitinya adalah tunjang kepada ilmu perang bangsa Melayu yang telah diwariskan zaman-berzaman. 
  • Tunjang inilah yang telah mengukuhkan angkatan perang Melayu sehinggalah dileraikan oleh pihak istana atas nasihat penjajah.
  • Jesteru, kita perlu bersyukur kerana Allah menciptakan satu insan bernama Anuar Abdul Wahab menyusun kandungan pelajaran tersebut berasaskan pengalaman beliau selama 50 tahun dalam dunia persilatan Melayu.
  • Silat adalah warisan bangsa Malaysia yang wajar dipertahankan oleh semua termasuklah mereka yang bergelar bangsa Malaysia.
  • Usaha-usaha pihak tertentu seperti PESAKA dalam mempromosikan selain daripada seni mempertahankan diri bangsa Malaysia ini perlulah dihentikan dan wajar diambil perhatian oleh pihak kepimpinan negara kerana amat merugikan bangsa Malaysia di masa hadapan.
  • Perubahan ideologi seperti mempelajari pelbagai seni mempertahankan diri adalah lebih baik daripada hanya mempelajari Seni Silat Melayu adalah satu pemikiran yang rosak kerana tidak ramai manusia (kini) yang bergelar Melayu yang benar-benar arif mengenai Seni Silat Malaysia.
  • Maka perlulah mereka mencari perguruan yang benar-benar memperjuangkan dan mempromosikan Seni Silat Malaysia dalam menghayati hakikat sebenar Seni Silat ini.
  • Kalau masih tidak jumpa boleh cuba cari di http://www.SeniGayungFatani.com

Justeru itu, PSGFM Official adalah pertubuhan silat yang meneruskan kesinambungan Allahyarham Anuar Abdul Wahab dan guru-guru sebelumnya dalam mempertahankan identiti seni mempertahankan diri bangsa Malaysia yang hebat ini.

Segala usaha perlulah ikhlas dan bersatu mengembeling tenaga bersama Guru Utama PSGFM Official iaitu, YM TG Super GM Aminuddin Anuar yang meneruskan jurai yang telah diwariskan kepada kita zaman berzaman.

Melayu perlu berubah dan menghayati nilai-nilai murni yang diterapkan dalam Seni Silat Malaysia supaya tidak ketinggalan dengan bangsa-bangsa yang lain yang ketika ini gigih mengembangkan warisan mereka.

Salam Maal Hijrah 1441 / 2019

Fatani Nusa Bakti

Author: PemegangAmanah