Allahyarham Anuar Abdul Wahab (1945-2009)

1. Maklumat Guru Utama Pertama – Anuar bin Abdul Wahab (1945-2009)

Tn.Hj.Anuar Abd.Wahab AMN mula melibatkan diri dalam silat sejak tahun 1957. Pada tahun 1976 beliau diangkat secara rasmi sebagai Guru Utama PSGFM dengan persetujuan para Guru Tua yang mewakili kumpulan peringkat negeri, mereka ialah En.Embung Abdullah (Selangor), Tn.Hj.Imam Mansor Ismail (Perak), Tn,Hj,Mohamad Ali (Kedah) dan Tn.Hj.Ramli Syeikh Abd.Rahman (anak pengasas perguruan).

Kerjasama para Guru Tua menjadikan beliau mahir dalam selok belok rahsia perguruan ini dan akhirnya beliau berjaya membangun dan mengembangkan perguruan ini diperingkat Malaysia dan antarabangsa.

Beliau dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor (23hb.12.1945). Mendapat pendidikan pertama di Sekolah Melayu Sabak Bernam, Sekolah Menengah Kebangsaan Sabak Bernam dan Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur.

Memiliki pendidikan Diploma Pengajian Islam (UKM), Sarjana Muda Kepujian (USM) dan Sarjana (UKM). Beliau telah membawa beberapa kejayaan kepada PSGFM antaranya seperti,

a. Mengasaskan Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) dan mendaftarkannya pada 19hb. September 1976. Perguruan ini dapat menyatukan pengamal silat dan para guru silat aliran Silat Melayu dari kumpulan Syeikh Abd.Rahman Tohir dan lain-lainnya yang dikenali sebagai silat pulut atau gayung pulut di bawah satu penguruan.

b. Beliau telah berjaya memertabatkan Silat Melayu atau tempatan setanding dengan perguruan pencak silat, seni beladiri dan seni mempertahankan diri yang datang dari luar.

Kejayaan ini adalah hasil dari meningkatkan kaedah pedidikan silat tradisi gelanggang bangsal kepada menggunakan Kurikulum silat yang telus dan setara yang mengekalkan keaslian Silat Melayu.

Di antara hasilnya adalah:

Juara keseluruhan dalam kejohanan Kejuaraan Silat Kebangsaan (1991, 1992, 1994 & 1995)

Juara dalam kategori Persembahan Kumpulan di 1st International Martial Arts Games (IMGC) di Pyongyang Korea Utara (September 2004)

Juara dalam kategori Persembahan Kumpulan di World Kung Fu Wusyu Championship Perugia Itali (13-15 Mei 2005)

Kejuaraan IMGC ini disertai oleh 40 negara daripada 14 jenis seni mempertahankan diri terbaik di dunia. Lantaran itu, PSGFM telah berkembang di beberapa negara seperti Perancis, Austria, Switzland, German, New Celdonean, Ireland, Norway, Thailand dan lain-lain.

c. Penglibatan beliau dalam Pesaka ialah membawa PSGFM menjadi ahli bertaraf anggota badan pendiri Pesaka Malaysia. Selaku Ahli Dewan Perguruan PESAKA beliau berupaya turun padang secara langsung menjalankan tugas memberikan kepakaran beliau dalam:

Kursus Jurulatih dan Wasit Juri Silat Olahraga (1984-2004)

Kursus Jurulatih dan Wasit Juru Silat Seni (1991-2003)

Mewujudkan Manual Jurulatih Silat Olahraga tahap I dan II

Melatih Pasukan Silat Olahraga dan Silat Seni peringkat antarabangsa

Menghasilkan Jurus Wajib di Persilat (1996)

Pengerusi Teknik kejuaraan Silat Sedunia, Kuala Lumpur (1987)

Pengerusi mewujudkan Muzik Silat Baku Malaysia (1991)

Pengerusi Senam Silat

Pengerusi, pengasas, penyusun dan penyampai Kurikulum Silat kepada 200 Guru Silat dari pelbagai aliran perguruan di Malaysia (2002-2005).

Ketelusan beliau dapat dilihat ketika memberikan ilmu, kemahiran dan pengamalan kepada peserta latihan, program, bengkel dan kursus silat.

d. Penglibatan di peringkat antarabangsa seperti persembahan silat dalam Sukan Sea 1979 di Jakarta, persembahan silat dan bengkel silat di Perancis, melatih pasukan Thailand dalam kejuaraan Silat Sedunia dan Sukan Sea, seminar dan bengkel silat di peringkat antarabangsa dan mengembangkan silat di beberapa buah negara di peringkat antarabangsa.

e. Penulisan – beliau telah menghasikan Buku Silat Olahraga 1987 dan Teknik Dalam Silat Melayu 1992 Kuala Lumpur Dewan Bahasa Dan Pustaka.

2. Sejarah Pengilbatan Silat Anuar Abdul Wahab AMN

– Sejak 1957 mempelajari beberapa aliran perguruan silat seperti Silat Harimau, Silat Cekak, Silat Sendeng, Silat Kuntau Betawi dan Seni Silat Melayu Helang Sewah / Silat Pulut di Kg.Kota Hutan Melintang, Perak, daripada ahli keluarga. Kecuali Kuntau Cemande daripada bukan keluarga.

– Pada 1965 mempelajari Seni Gayung Fatani dripada Embong bin Abdullah. di Sabak Bernam, Selangor.

– Pada 1976 menubuhkan Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) diangkat sebagai Guru Utama.

– Pada 1983 membawa PSGFM menjadi ahli bertaraf badan pendiri Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA Malaysia).

3. Penglibatan dalam Pesaka

– Ahli Dewan Perguruan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka)

– Ahli Dewan Perguruan Pesaka Negeri Selangor Darul Ehsan.

– Mengasaskan Silat Olahraga dengan memberi kursus Jurulatih dan Wasit Juri Silat Olahraga kebangsaan dan negeri sejak 1984 hingga 2004.

– Mengasaskan Silat Seni dengan memberi kursus Jurulatih dan Wasit Juri Silat Seni peringkat kebangsaan dan negeri sejak 1995.

– Merancang dan melaksanakan Kursus Musik Silat Baku Malaysia. Menjadi Hakim Pergendangan Silat (Mzik Silat Baku Malaysia) di Kedah 2002-2004.

– Kursus Jurulatih dan Hakim Silat Seni Sekolah-sekolah Malaysia di Makhtab Teknik Kuala Lumpur.

– Mengasas, menyusun dan menyampai Kurikulum Seni Silat Malaysia sejak 4.4.2002 -2005) di peringkat kebangsaan, negeri dan pertubuhan.

– Pengerusi Teknik Kejuaraan Silat Sedunia Kuala Lumpur 1987.

– Pengerusi Teknik Silat Olehraga Sukan Sea 14 Kuala Lumpur.

4. Membangunkan Silat peringkat sekolah

– Pengerusi Teknik Kejuaraan Silat seni Sekolah-sekolah Menengah peringkat Kebangsaan pertama Kuala Lumpur.

– Memberi kursus pengadil Silat Seni peringkat kebangsaan dan negeri.

– Membuka kelas silat di sekolah rendah dan sekolah menengah di negeri-negeri di Malaysia dan melibatkan diri dalam program silat peringkat sekolah.

– Pelajar silat daripada bangku sekolah diberikan latihan sehingga menjadi atliit negara yang menghasilkan emas dan jurulatih peringkat negara dan antarabangsa.

– Pengasas dan penyusun Kurikulum Silat untuk pelaksanaan pendidikan silat di peringkat sekolah yang telus dan setara.

5. Membangun silat di peringkat antarabangsa

– Setiausaha penaja untuk penubuhan Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (Persilat) 1979 di Jakarta, Indonesia.

– Sejak 1986 memberi latihan kepada jurulatih silat daripada beberapa negara dunia untuk mengembangkan silat di negara masing-masing seperti Austria, Switzland, Norway, Perancis, Thailand German, Pulau New Caledonia, Sepanyol dan lain-lain.

– Mambantu dan mengadakan Seminar dan Bengkel di peringkat antarabangsa seperti Perancis, Austria, Switzland, Thaliland, Itali, German dan Korea Utara.

– Membina Jurus Wajib peringkat Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (Persilat) 1996.

– Melatih pasukan negara Thailand dan Vetnam

– Ahli Dewan Sesepuh Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (Persilat).

– Dewan Hakim/Sesepuh Silat Seni, Beladiri dan Olahraga Persilat.

– Melibatkan diri dalam persembahan 11 Seni Bela Diri terbaik dunia di 15 kota German 2004.

– Menjadi Juara Persembahan Berpasukan antara 12 Seni Beladiri Terbaik Dunia dalam International Martial Arts Games Commette (IMGC) anjuran International Taekwando Federation pertama 2004 di Piongyang, Korea Utara dan Juara Persembahan Berpasukan dalam IMGC 2005 anjuran Kungfu/Wushu di Perugia, Itali.

– Seminar/Bengkel Silat di Jakarta (PERSILAT) Dis. 2008.

6. Penulisan

– Buku Silat Olahraga,`Kuala Lumpur, Dewan bahasa dan Pustaka 1987.

– Buku Teknik dalam Silat Melayu, `Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka 1992

– Menulis Kurikulum Silat, Sukatan Pelajaran, Rancangan Mengajar, Ujian Penilaian Silat untuk Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia kerjasama Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka)

– Menulis dalam Majalah Silat seperti Majalah Pendekar dan Majalah Seni Beladiri Menulis buku bertajuk `SILAT’ sebagai huraian Rancangan Mengajar Silat berdasarkan Kurikulum Seni Silat Malaysia untuk rujukan guru, jurultih dan pelajar silat (untuk tujuan percetakan).

– Buku Silat, Sejarah Perkembangan Kurikulum Silat MelayuTradisi kepada Pembentukan Kurikulum Silat Malaysia Moden (2008)

7. HASRAT

Membangunkan Silat iaitu Silat Melayu yakni silat asli tempatan atau seni silat Melayu tradisi Semenanjung Tanah Melayu dari yang serumpun dan yang sebenih dengannya yang dikenali sebagai Silat Pulut atau Gayung Pulut. (SUDAH TERCAPAI PADA TAHUN 2002).

Tujuannya untuk memperlihatkan Malaysia mempunyai silat asli versi Malaysia bagi mengukuhkan pengiktrafan bahawa SILAT SEBAGAI BELA DIRI RASMI MALAYSIA YANG TERSENARAI DALAM AKTA WARISAN NEGARA (SUDAH TERCAPAI PADA TAHUN 2002).

Ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara silat di dunia (disambung oleh Guru Utama II PSGFM, Guru Aminuddin Anuar).

(diterbitkan dengan izin Guru Aminuddin Anuar daripada Buku  Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab, 2008 ).

8. Sijil



About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com