Kepimpinan PSGFM selaku Badan Sukan Seni Mempertahankan Diri Mendapat Pengiktirafan Antarabangsa

Lagi pengiktirafan PSGFM daripada pihak antarabangsa.

Selepas SPIA, IMACSSS, ICM, UNESCO memberikan pengiktirafan – kini sekali lagi pakar pengkaji sukan antarabangsa memberikan pengiktirafan melalui penulisan ilmiah yang akan menjadi sumber rujukan dunia pada masa akan datang.

Kepimpinan.

PSGFM adalah sebuah badan NGO yang bermatlamat memertabatkan Seni Silat Melayu Asli iaitu silat pulut. Melalui usaha keras Allahyarham GM Anuar Abdul Wahab, beliau telah membentuk sebuah silibus Silat Melayu Asli (tidak diceduk, ditiru dan diciplak kandungan pelajarannya daripada seni mempertahankan diri yang lain) yang dikembangkan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Usahanya diangkat apabila diikitiraf kerajaan melalui pengiktirafan selaku pencipta Kurikulum Seni Silat Malaysia. Usahanya kini diteruskan oleh GM Aminuddin Anuar.

Selain itu, usaha murni GM Anuar juga diteruskan oleh GM Prof Madya Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie yang kini telah terbukti menjadi penyelidik utama seni mempertahankan diri Silat Melayu. Beliau juga telah dilantik sebagai para rujuk UNESCO untuk sukan seni mempertahankan diri Silat.

Kepimpinan Utama PSGFM kini terdiri daripada golongan Professional yang mana 90% kepimpinan PSGFM rata-ratanya berumur dibawah 40 tahun. Dengan kepimpinan Pengerusi GM Mohd Safwan Abu yang berpengalaman luas di peringkat nasional dan antarabangsa, tidak syak lagi PSGFM bertaraf dunia.

Bacalah.

Semoga Tuan Puan menjadi bangsa yang berpengetahuan dan pandai menilai mana yang asli dan tiruan.

Sila dapatkan maklumat lanjut di : http://www.imcjournal.com/index.php/en/volume-xxii-2022/contents-number-2s/1772-effective-leadership-towards-the-star-rating-evaluation-of-malaysian-seni-gayung-fatani-malaysia-organization-psgfm

Tahniah PSGFM!

 

Author: PemegangAmanah