Aidilfitri PSGFM 2022 disambut meriah di Subang Jaya – Terima kasih kepada anda yang hadir ke majlis gilang-gemilang ini.

Salam Aidilfitri 1443H.

Selepas hampir tiga tahun tidak dapat bertemu dengan ahli-ahli PSGFM secara fizikal, ramai ahli dan pemegang taruh PSGFM hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri 2022.

Majlis tersebut berlangsung pada 28 hb Mei 2022 di Dewan Serbaguna MPSJ, Laman Puteri 3, Jalan Laman Putri 3, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor (Dewan Berhawa Dingin).

Penganjuran Sambutan Aidilfitri ini adalah kesinambungan aktiviti tahunan PSGFM yang telah dirancang pada tahun ini.

Majlis tahun ini juga digandingkan dengan Anugerah Silat Kebangsaan 2021. Sambutan majlis ini juga dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Haji Nazeri selaku Pengerusi Akademik Al-Quran Sabil Ar-Rahimah (AQSA) Puncak Alam, Selangor bersama-sama para pelajar Tahfiz dari akademi tersebut. Ustaz Ahmad Farhan Ahmad bertanggungjawab dalam mengatur program pemberian sumbangan duit raya kepada para pelajar berkenaan.

Anugerah Silat Kebangsaan 2021 berlangsung dengan meriah di Dewan Serbaguna MPSJ, Laman Puteri 3, Puchong, Selangor. 

Pada majlis yang dijalankan pada sesi kedua Majlis Aidilfitri 2022, sebelas anugerah (11) diberikan kepada para penggerak Seni Silat Malaysia yang aktif menyumbang dalam dunia Silat Melayu pada tahun 2021 . Selain itu, ia dapat dijadikan sebagai landasan terbaik dalam mengembangkan Seni Silat Malaysia dari masa ke semasa. 

Anugerah-anugerah tersebut adalah:

1. Anugerah Program Silat Terbaik (Antarabangsa)
2. Anugerah Program Silat Terbaik (Nasional)
3. Anugerah Jurulatih Silat Terbaik
4. Anugerah Keluarga Emas
5. Anugerah Budi Emas
6. Anugerah Gelanggang Silat Terbaik
7. Anugerah Perguruan.
8. Anugerah Tokoh Silat (Anugerah Khas)
9. Anugerah Pengkaji Silat Terbaik
10. Anugerah Khas Pengembang Silat Antarabangsa
11. Anugerah Penggerak Silat

Tahniah kepada semua pemenang anugerah!

Senarai penaja dan penyumbang Majlis Aidilfitri 2022 & ASK2021:

Penaja Utama:

  1. Mamasab Shah Alam
  2. Presiden PHI, Puan Asnah Mansor.
  3. Faris Catering
  4. Majlis Perbandaran Subang Jaya
  5. Naura Enterprise
  6. Yayasan Nurani Malaysia

Senarai Penyumbang:

  1. Prof Dr Mohad Anizu Mohd Nor
  2. GM Aminuddin Anuar
  3. Puan Asnah Mansor
  4. Tuan Wan Zamri Wan Hassan
  5. Coach Ahmad Farhan Ahmad
  6. GM Mohamad Nizam Mohamed Shapie
  7. Puan Jamiaton Kusrin
  8. Coach Luqman Al-Baqir
  9. Coach Nur Hidayah
  10. Cik Puan Nurliyana Rohaizat

 

Author: PemegangAmanah