Penganjuran PSGFM Bertaraf Dunia – GSMACC2020 Mendapat Pengiktirafan Antarabangsa

Alhamdulillah.

Syukur dengan kurniaan-Nya.

PSGFM telah mencapai pelbagai kejayaan di bawah kepimpinan Guru Utama, Grandmaster Aminuddin Anuar. Pelbagai program yang dirancang sejak 2013 telah mendatangkan pelbagai kejayaan sama ada dari segi kewangan, kebajikan mahupun pengiktirafan antarabangsa.

Selepas mendapat pengiktirafan UNESCO, kini giliran pengkaji antarabangsa dari IMACSSS memberikan pengiktirafan kepada PSGFM. Penganjuran GSMACC2020 telah mendapat pujian dan pengiktirafan ke atas kesungguhan PSGFM menjalankan program tersebut walaupun diuji dengan pandemik COVID19.

Para peminat boleh membaca mengenai kejayaan tersebut di portal Ido Movement of Culture – Journal of Martial Arts Anthropology di bawah penulisan Prof. Dr Pawel Swider.

Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini khasnya kepada sokongan penaung PSGFM, YB Datuk Abdul Rashid Asari.

FATANI NUSA BAKTI

UPACARA IMACSSS & GSMACC 2020 DIRASMIKAN DALAM SUASANA GILANG-GEMILANG

 

Author: PemegangAmanah