Jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri kepada Seluruh Ahli PSGFM

Salam Aidilfitri, Salam Lebaran, Salam Aidilfitri 1443H.

Selepas hampir tiga tahun tidak dapat bertemu dengan ahli-ahli PSGFM secara fizikal, pihak PSGFM ingin menjemput seluruh ahli PSGFM yang berdaftar untuk hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri 2022.

Majlis tersebut bakal berlangsung pada 28 hb Mei 2022 di Puchong Selangor.

Kepada mereka yang berminat silat hubungi Setiausaha Agung PSGFM, Encik Muhammad Salehin di talian 011 – 5933 9337 / )18 – 213 9337 untuk tujuan RSVP.

Ini adalah kesinambungan kepada aktiviti tahunan PSGFM yang telah dirancang pada tahun ini.

Rumah Terbuka Aidilfitri PSGFM Official Berlangsung Meriah

Majlis pada tahun ini juga bakal digandingkan dengan Anugerah Silat Kebangsaan 2021. 

Tiga puluh dua anugerah (32) akan diberikan kepada para penggerak Seni Silat Malaysia yang julung-julung kalinya diadakan ini. Anugerah ini adalah satu pengiktirafan kepada para pengamal Silat Melayu yang giat mempromosikan Silat ke serata dunia.

Di samping itu, ia dapat dijadikan sebagai landasan terbaik dalam mengembangkan Seni Silat Malaysia dari masa ke semasa.

Anugerah-anugerah tersebut adalah:

i. Anugerah Pendeta Silat
ii. Anugerah Pakar Silat Malaysia
iii. Anugerah Program Silat Terbaik (Antarabangsa)
iv. Anugerah Program Silat Terbaik (Nasional)
v. Anugerah Jurulatih Silat Terbaik (Lelaki)
vi. Anugerah Jurulatih Silat Terbaik (Wanita)
vii. Anugerah Keluarga Emas
viii. Anugerah Budi Emas
ix. Anugerah Pesilat Terbaik (Lelaki)
x. Anugerah Pesilat Terbaik (Wanita)
xi. Anugerah Pesilat Harapan (Lelaki)
xii. Anugerah Pesilat Harapan (Perempuan)
xiii. Anugerah Pesilat Terbaik (Putera, Remaja)
xiv. Anugerah Pesilat Terbaik (Putera, Kanak-kanak)
xv. Anugerah Pesilat Terbaik (Puteri, Remaja)
xvi. Anugerah Pesilat Terbaik (Puteri, Kanak-kanak)
xvii. Anugerah Pesilat Harapan (Putera, Remaja)
xviii. Anugerah Pesilat Harapan (Putera, Kanak-kanak)
xix. Anugerah Pesilat Harapan (Puteri, Remaja)
xx. Anugerah Pesilat Harapan (Puteri, Kanak-Kanak)
xxi. Anugerah Olahragawan Silat Malaysia (Putera, Remaja)
xxii. Anugerah Olahragawan Silat Malaysia (Putera, Kanak-Kanak)
xxiii. Anugerah Olahragawan Silat Malaysia (Puteri, Remaja)
xxiv. Anugerah Olahragawan Silat Malaysia (Puteri, Kanak-kanak)
xxv. Anugerah Gelanggang Silat Terbaik
xxvi. Anugerah Kelab Silat Terbaik
xxvii. Anugerah Perguruan
xxviii. Anugerah Tokoh Silat (Anugerah Khas)
xxix. Anugerah Pengkaji Silat Terbaik
xxx. Anugerah Khas Pengembang Silat Antarabangsa
xxxi. Anugerah Penggerak Silat
xxxii. Anugerah Khas Guru Utama

InsyaAllah kita jumpa anda di sana!

FATANI NUSA BAKTI!

Author: PemegangAmanah