Kegemilangan PSGFM diteruskan Pada Tahun 2022 – We are the BEST!

Salam Tahun Baru 2022!

Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) secara individu mahupun bersama rakan-rakan strategik sangat aktif dalam mengajurkan aktiviti-aktiviti Silat Malaysia di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa demi mengangkat nama Silat Malaysia sesuai dengan arus era digitalisasi dan meta-verse ini.


Sukacita dimaklumkan bahawa PSGFM berbesar hati akan menganjurkan aktiviti-aktiviti Silat dari pelbagai aspek sepanjang tahun 2022 seperti penganjuran dalam bentuk sukan – Siri Liga Kejohanan Silat Tempur yang ditunggu-tunggu; mahupun dalam akademik (siapa kata Silat tiada dalam bidang akademik?) dalam siri program Silat European Tour 2022 – penglibatan PSGFM dalam Persidangan Saintifik Seni Bela Diri Antarabangsa di Poland & United Kingdom, istimewa tahun ini.

Insha’Allah.

Dilampirkan takwim Aktiviti PSGFM bagi tahun 2022 untuk rujukan pesilat-pesilat, para jurulatih, guru-guru, ibu-bapa, dan juga peminat serta pencinta Silat Malaysia.

Teruskan bersama PSGFM, jumpa kalian di acara PSGFM seterusnya!

FATANI NUSA BAKTI

 

Author: PemegangAmanah