Silat Tempur Siri Kedua 2019 – Endgame

Kinrara, Selangor – Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa, Piala Aminuddin Anuar Siri Kedua/2019 (Endgame) akan berlangsung pada 3-5 Mei 2019.

Kejohanan kali ini bakal menyaksikan pilihan-pilihan utama pesilat cilik dan remaja di Malaysia turun beraksi untuk kali kedua pada tahun ini.

Para pesilat yang bakal menyertai kejohanan kali ini adalah dari pasukan Akademi Silat Malaysia, Pusat Cemerlang Silat, Kelab Silat Fatani Bersatu, Kelab Silat Tempur Serdang, pasukan Australia, pasukan Syria, Kelab Silat Tempur Sepang Bersatu, Kelab Silat Olahraga Seremban dan lain-lain lagi.

Penganjuran ini adalah merupakan liga silat kebangsaan pertama yang melibatkan peserta di peringkat kanak-kanak dan remaja.

Kejayaan penganjuran yang kini diiktiraf di peringkat antarabangsa ini adalah satu usaha yang amat dibanggakan oleh masyarakat Malaysia kerana pengajuran ini dilakukan tanpa bantuan secara langsung dari mana-mana agensi kerajaan di peringkat pusat mahupun di peringkat negeri.

Ini menunjukkan bahawa komitmen tinggi yang dilakukan oleh pihak penganjur iaitu Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) yang diketuai oleh Yang Mulia Super Grandmaster Aminuddin Anuar (Pengerusi merangkap Guru Utama PSGFM) telah memberikan impak yang besar kepada pengembangan sukan silat di dunia.

Berikut adalah sejarah kejohanan ini sejak diperkenalkan pada 2013 oleh GM Prof. Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie.

10-12/04/14 Universiti Malaya, KUALA LUMPUR
21-23/08/14 Universiti Teknologi MARA, SEREMBAN
23-25/12/14 Seri Gelora Hall, KUANTAN
07-09/05/15 Section 7 Hall, BANDAR BARU BANGI
24-26/08/17 Section 2 Hall, BANDAR BARU BANGI
23-25/11/17 Section 7 Hall, BANDAR BARU BANGI
25-27/01/18 Sherwood Gateway Hotel, BANDAR BARU BANGI
03-05/05/18 Sherwood Gateway Hotel, BANDAR BARU BANGI
09-11/08/18 Sherwood Gateway Hotel, BANDAR BARU BANGI
31/11/2018 – 02/12/18 Kinrara Resort, PUCHONG
22/3/2018 – 24/3/18 Kinrara Resort, PUCHONG

 

Author: PemegangAmanah