Silat European Tour 2019

Putrajaya, Malaysia – Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM Official) akan ke Eropah pada Oktober 2019 sempena program Silat European Tour 2019. Delegasi Malaysia akan diketuai oleh Tuan Guru GM Proff Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie.

Para delegasi Malaysia akan ke Portugal, Maghribi dan Spanyol dalam mengembangkan Silat Melayu asli ke peringkat antarabangsa.

Program ini adalah merupakan kesinambungan daripada Silat European Tour 2014 (SET2014).

Sejarah menunjukkan bahawa PSGFM telah menjadi duta Malaysia dalam mengembangkan silat di Eropah.

Walaupun tidak mendapat sebarang geran mahupun bantuan kewangan daripada pihak kerajaan untuk program khas ini, namun semangat dan usaha keras ini telah pun berbaloi dengan sambutan yang diterima di Eropah.

Kini Silat telah disebut-sebut sebagai seni mempertahankan diri yang bakal diberi perhatian oleh negara-negara di Eropah di atas nilai kesenian dan ketepatan teknik yang dipertontonkan sejak 2014.

VISIT VISEU, PORTUGAL TODAY!

VISIT MALAGA, SPAIN TODAY!

 

 

Author: PemegangAmanah