Dr Mohamad Nizam dilantik selaku Pengerusi GSMACC2020

Putrajaya, Malaysia – Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSFGM Official) bakal menganjurkan Persidangan Antarabangsa 2nd Global Scientific Martial Arts And Cultural Congress 2020 [GSMACC2020] 10-12 Oktober 2020.

Persidangan yang bakal disertai oleh 40 buah negara ini akan mengumpulkan sejumlah cediakawan dalam dunia seni mempertahankan diri, seni beladiri dan sukan kombat.

Di antara program yang bakal berlangsung adalah :

  • 2nd Global Scientific Martial Arts and Cultural Congress (GSMACC)
  • 10th Anniversary IMACSSS
  • 9th IMACSSS International Conference
  • 1st Martial Arts & Cultural Exchange (MACE)
  • 1st Martial Arts & Cultural Gala (MACG)
  • 1st International Silat Symposium
  • 1st International Silat Tempur Invitational Championship (InSTIC)

Berikut adalah sejarah IMACSSS sepanjang penganjuran di peringkat antarabangsa:

  • 9th IMACSSS Conference (Putrajaya, Malaysia – 2020)
  • 8th IMACSSS Conference (Viseu, Portugal – 2019)
  • 7th IMACSSS Conference (Rzeszow, Poland – 2018)
  • 6th IMACSSS Conference (Osaka, Japan – 2017)
  • 5th IMACSSS Conference (Rio Maior, Portugal – 2016)
  • 4th IMACSSS Conference (Brno, Czech Republic – 2015)
  • 3rd IMACSSS Conference (Rzeszow, Poland – 2014)
  • 2nd IMACSSS Conference (Tsukuba, Japan – 2013)
  • 1st IMACSSS Conference (Genoa, Italy – 2012)

Jesteru itu, PSGFM Official melantik Tuan Guru Prof Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie selaku Pengerusi program GSMACC2020 berdasarkan kelayakan beliau selaku pengkaji dan penyelidik silat antarabangsa yang tersohor.

Beliau yang juga pensyarah kanan di sebuah universiti awam di Shah Alam, telah melahirkan ramai pengkaji muda yang menjalankan kajian dalam bidang seni mempertahkan diri, silat.

Penulisan-penulisan beliau telah diterbitkan di peringkat antarabangsa bersama-sama penyelidik yang lain antaranya  Dahlia Al-Syurgawi, J Ann Pawista, Nur Afiqah Ali Jannah, Zareha Zenal dan lain-lain lagi.

Dr Mohamad Nizam membentangkan kajian beliau di Poland pada tahun 2018.
Dr Mohamad Nizam ketika membentangkan kajian silat beliau bersama penyelidik yang lain di Rzeszow, Poland pada tahun 2018.
Dr Mohamad Nizam bersama Guru Shahiid dan para pesilat PSGFM Official ketika membuat persembahan silat di Paris, France pada tahun 2014.
Dr Mohamad Nizam ketika menjadi pengerusi forum Silat Melayu di Sandakan, Sabah.
Dr Mohamad Nizam ketika membentangkan kajian silat beliau bersama penyelidik yang lain di Rio Maior, Portugal pada tahun 2016.
Nama Dr Mohamad Nizam selaku pakar silat yang mengendalikan bengkel silat di Rzeszow, Poland pada tahun 2014.

Tahniah diucapkan kepada Dr Mohamad Nizam di atas pelantikan ini. Pihak PSGFM Official berharap agar beliau dapat menjalankan amanah ini dengan jayanya.

FATANI NUSA BAKTI

Author: PemegangAmanah