Silat Tempur Siri III/2019

Shah Alam, Selangor – Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa, Piala Aminuddin Anuar telah berlangsung sebanyak 2 siri pada tahun 2019.

Penganjuran kali ketiga untuk tahun 2019 bakal berlangsung pada 27-29 September 2019. Kejohanan kali ini akan diadakan di Kinrara Resort, Puchong Selangor.

Kejohanan yang melibatkan hampir 500 orang peserta dalam dan luar negara ini sejak dipertandingkan pada tahun 2014 turut menarik perhatian pasukan ternama seperti Akademi Silat Malaysia, Pusat Cemerlang Silat, Kelab Silat Fatani Bersatu, Kelab Silat Tempur Serdang, pasukan Australia, pasukan Syria, Kelab Silat Tempur Sepang Bersatu, Kelab Silat Olahraga Seremban dan lain-lain lagi.

Kejayaan penganjuran yang kini diiktiraf di peringkat antarabangsa ini adalah satu usaha yang amat dibanggakan oleh masyarakat Malaysia kerana pengajuran ini dilakukan tanpa bantuan secara langsung dari mana-mana agensi kerajaan di peringkat pusat mahupun di peringkat negeri.

Ini menunjukkan bahawa komitmen tinggi yang dilakukan oleh pihak penganjur iaitu Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) yang diketuai oleh Yang Mulia Super Grandmaster Aminuddin Anuar (Pengerusi merangkap Guru Utama PSGFM) telah memberikan impak yang besar kepada pengembangan sukan silat di dunia.

Berikut adalah sejarah kejohanan ini sejak diperkenalkan pada 2013 oleh GM Prof. Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie.

10-12/04/14 Universiti Malaya, KUALA LUMPUR
21-23/08/14 Universiti Teknologi MARA, SEREMBAN
23-25/12/14 Seri Gelora Hall, KUANTAN
07-09/05/15 Section 7 Hall, BANDAR BARU BANGI
24-26/08/17 Section 2 Hall, BANDAR BARU BANGI
23-25/11/17 Section 7 Hall, BANDAR BARU BANGI
25-27/01/18 Sherwood Gateway Hotel, BANDAR BARU BANGI
03-05/05/18 Sherwood Gateway Hotel, BANDAR BARU BANGI
09-11/08/18 Sherwood Gateway Hotel, BANDAR BARU BANGI
31/11/2018 – 02/12/18 Kinrara Resort, PUCHONG
22/3/2019 – 24/3/19 Kinrara Resort, PUCHONG
3/5/2019 – 5/5/2019 Kinrara Resort, PUCHONG

JUMPA DI SANA!

Fatani Nusa Bakti.

Author: PemegangAmanah