Bengkel Seni Persembahan Eropah 2019

Shah Alam, Selangor – Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM Official) akan menganjurkan Bengkel Seni Persembahan Eropah sebagai persediaan program Silat European Tour 2019 (SET2019) yang bakal berlangsung di tiga buah negara iaitu Portugal, Maghribi dan Spanyol.

Bengkel tersebut akan berlangsung selama 3 hari pada 27-29 September 2019 bertempat di Teratak Pendekar, Shah Alam, Selangor. 

Guru Utama, YM TG GM Aminuddin Anuar akan hadir untuk mengendalikan bengkel tersebut bersama dengan TG GM Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie.

Dua puluh orang peserta bakal hadir sebagai peserta untuk program kali ini yang merupakan pra persediaan SET2019.

Fatani Nusa Bakti.

Author: PemegangAmanah