Geran RM 100,000 Kepada Sekolah-sekolah di Sabah

Sukacita dimaklumkan bahawa hasil daripada memorendum Kongres Seni Gayung Fatani 2018 yang telah berlangsung pada 18 Ogos 2018, pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM Official) telah bersetuju untuk mengembangkan Seni Silat Melayu Asli  (Seni Silat Malaysia) di seluruh sekolah-sekolah di Malaysia.

Usaha murni ini dimulakan dengan negeri Sabah.

Mengapa?

Kerana negeri Sabah adalah negeri yang memberi komitmen untuk mengembangkan Seni Silat Melayu Asli dan berani untuk berubah demi kebenaran.

Justeru itu, Pihak Majlis Tertinggi (MT) PSGFM Official telah memutuskan untuk memberikan geran berjumlah RM100,000.00 kepada mana-mana sekolah yang bersedia untuk bekerjasama dengan PSGFM Official untuk mengembangkan Seni Silat Malaysia di peringkat akar umbi iaitu untuk para pelajar sekolah rendah.

Ini bermaksud mana-mana pelajar sekolah yang mendaftar untuk mempelajari Seni Silat di sekolah-sekolah dikecualikan daripada membayar yuran bulanan kepada jurulatih mereka.

Ketika ini bayaran bulanan untuk para belajar yang mempelajari silat di sekolah adalah RM 30 sebulan (2 kali latihan).

Usaha murni yang dilakukan oleh PSGFM Official dilihat dapat membantu ramai masyarakat Malaysia untuk mempelajari Seni Silat yang mana selama ini proses ini telah diganggu dengan usaha pihak PESAKA yang ingin mengembangkan Pencak Silat Indonesia.

Tiada sebarang faedah yang boleh diperolehi daripada usaha mengembangkan Pencak Silat kerana menimbulkan banyak masalah dan telah dapat dilihat di Sukan Asia 2018 (usaha pengembangan Pencak Silat Indonesia telah dimulakan oleh PESAKA sejak tahun 2000) di mana atlit Pencak Silat dari Malaysia telah gagal mendapat pingat emas untuk Malaysia (walaupun pihak Kementerian Belia dan Sukan sudah memberikan pelbagai faedah dan kemudahan), atlit Malaysia Pencak Silat mengamuk dan menumbuk dinding persalinan hingga pecah (masalah kelakuan dan akhlak), atlit Malaysia mengganggu majlis (sikap kurang ajar) hingga ditegur oleh Menteri Belia dan Sukan Indonesia, atlit Malaysia menangis dalam keadaan memalukan (berlutut dan teriak menangis gagal) sehingga terpaksa dipujuk oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Sekaligus perkara-perkara yang berlaku ini mencemar nama baik Malaysia di luar negara.

Pihak PSGFM mengambil serius perkara ini kerana Malaysia selaku negara seni mempertahankan diri Seni Silat Melayu Tradisi (Silat Malaysia) telah dinafikan hak daripada pelbagai sudut sebelum ini oleh PESAKA.

Jadi telah menjadi tanggungjawab PSGFM untuk mengembangkan Silat Malaysia walaupun tanpa sebarang bantuan daripada kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat.

Di antara kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh PSGFM Official adalah:

 

 

 

 

 

 

Semoga peluang yang diperuntukkan oleh PSGFM ini di ambil segera oleh para pegawai, pendidikan mahupun pentadbir di sekolah-sekolah di Sabah.

Usaha ini adalah bukti PSGFM Official sudah lama berbakti kepada rakyat Malaysia.

SILAT UNTUK SEMUA

 

Author: PemegangAmanah