Kejayaan PSGFM dalam mengembangkan Silat Melayu ke peringkat antarabangsa adalah merupakan satu usaha murni yang didukung oleh Tuan Guru Utama,  Aminuddin Anuar. Usaha yang dilakukan ini adalah merupakan kesinambungan daripada perancangan yang telah digariskan oleh ayahanda beliau iaitu Allahyarham Anuar Abdul Wahab AMN.

Penulisan ini adalah sambungan kepada penulisan:

Kejayaan PSGFM: Penyelidikan Silat Melayu

Transformasi yang kedua adalah mengenai keperluan mengembangkan kajian-kajian yang dilakukan dalam bidang persilatan ke arena antarabangsa melalui medium pembentangan kertas kerja berwasit dan seminar antarabangsa. Ini adalah medium paling utama kerana sudah tiada pihak lagi yang berani membentangkan kertas kerja Silat Melayu ke arena antarabangsa sejak kehilangan tokoh persilatan Silat Melayu iaitu Adiguru Anuar Abdul Wahab (Tokoh Silat Malaysia).

Tugas ini telah berjaya dilakukan dengan jayanya sejak 3 tahun lepas diketuai oleh Tuan Guru Prof Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie. Beliau telah berjaya membentangkan kajian-kajian beliau kepada pakar-pakar beladiri dari  pelbagai negara di dunia antaranya:

  1. Jepun
  2. China
  3. Kanada
  4. England
  5. Wales
  6. Perancis
  7. Rusia
  8. Ukraine
  9. Poland
  10. Portugal
  11. Itali
  12. Amerika Syarikat
  13. Brazil
  14. Belanda
  15. Turki
  16. Hungary
  17. Sepanyol
  18. Greek
  19. Brazil
  20. Korea Selatan
  21. Jerman
  22. Slovakia
  23. Iceland
  24. Bulgaria
  25. Croatia
  26. Slovenia
  27. Austria
  28. Iraq
  29. Iran
  30. Jordan
  31. Palestin
  32. Ireland
  33. Qatar dan lain-lain lagi.

Kegagalan pihak PESAKA dan PERSILAT di peringkat antarabangsa dalam membantu Malaysia mengembangkan Seni Silat Melayu adalah disebabkan ketaksuban Indonesia yang ingin  mengembangkan Pencak Silat Indonesia melalui PERSILAT. Ini sekaligus membantutkan perkembangan Silat Melayu yang selama ini banyak bergantung kepada PESAKA.

Perlu dinilai kembali bahawa PESAKA adalah Badan Pendiri kepada PERSILAT di peringkat dunia. Sekaligus bersama-sama Indonesia memertabatkan Pencak Silat di peringkat antarabangsa.

Kaedah pertandingan Silat Olahraga diubah kepada Tanding bersesuaian dengan kaedah dan rupa Silat Jawa Indonesia / Pencak Silat. Begitu juga dengan kaedah permainan Silat Seni yang diubah kepada Tunggal, Ganda, Jurus Wajib yang sekaligus membakukan setiap gerakan supaya berpadanan dengan kaedah Pencak Silat.

Jesteru itu menjadi tanggungjawab PSGFM dalam meneruskan agenda Allahyarham Anuar Abdul Wahab dalam mengembangkan Silat Malaysia ke seluruh dunia. Transformasi kedua ini dapat memastikan pihak dunia melihat dan menilai kekuatan Silat Melayu berbanding Pencak Silat Indonesia. Bak kata Hang Tuah,

‘Takkan Melayu Hilang Di Dunia’

 

Pembentangan Kajian Silat Sains Sukan

Silat Presentation at J.W. Marriott

 

Pembentangan Kajian Silat Olahraga

Silat European Tour 2014 : Day 4

 

Pembentangan Kertas Kajian Silat Melayu

Silat European Tour : Day 4

 

Pembentangan Kajian Sukan Silat Tempur

Silat Tempur ke Peringkat Antarabangsa

 

Pembentangan Kajian Sukan Silat

Kajian Silat di Kongres Warisan Melayu Sedunia

 

Kajian Silat Malaysia Antarabangsa

Seminar Antarabangsa Melayu 2015

Pembentangan Kajian Sukan Prestasi Tinggi

Pembentangan Kajian Silat Di Persidangan Antarabangsa Sains Sukan

Written by PemegangAmanah