Tahun 2017 adalah tahun yang penuh dengan kejayaan bagi Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia [PSGFM].

Di bawah kepimpinan Tuan Guru Utama PSGFM, YM Super Grandmaster TG Aminuddin Anuar PSGFM telah melakar detik gemilang sama ada mengembangkan Silat Melayu sama ada di Malaysia mahupun Antarabangsa.

Bersama-sama kepimpinan Majlis Tertinggi PSGFM telah mengorak langkah yang lebih jauh dalam memastikan semua lapisan masyarakat mendapat manfaat dengan produk perkhidmatan Seni Silat Melayu in.

Bermula daripada kejayaan TG Grandmaster Prof Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie yang telah banyak menyumbang khidmat bakti dalam memertabatkan silat dalam bidang akademik di peringkat antarabangsa serta program-program Silat Tempur di peringkat nasional dan kebangsaan, penghasilan buku pertama Silat – Warisan bangsa Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Warisan NEgera (MOTEC), kejayaan PSGFM bersambung berturut-turut terhadap penglibatan dalam  Anugerah Sukan Negara (Malaysia), SEA GAMES dan PARA ASEAN 2017, mesyuarat Seni Silat Melayu peringkat Asia Pasifik, penganjuran berprestij Anugerah Silat Kebangsaan (Malaysia) di Hotel Bluewave, Shah Alam, Selangor, bengkel-bengkel Seni Silat berasaskan Sains Sukan, penglibatan PSGFM juga selaku penaja rasmi 4th International Conference on Movement, Health and Exercise (MoHE 2017) di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru dan lain-lain lagi.

Semoga kejayaan-kejayaan ini menyemarakkan lagi kegiatan dan sumbangan Seni Silat Melayu di peringkat kebangsaan dan Antarabangsa pada tahun 2018.

‘Silat Untuk Semua’  ‘Fatani Nusa Bakti’   ‘TG Super Grandmaster Aminuddin Tunggak Silat di Malaysia’

Ikuti detik-detik kejayaan dan pencapaian PSGFM dalam tahun 2017:

Sukan Tempur Kanak-kanak ke Peringkat Antarabangsa

Kejayaan Pertama PSGFM: Penyelidikan Silat Melayu

Kejayaan Kedua PSGFM: Pembentangan Silat di Peringkat Antarabangsa

Kejayaan Ketiga PSGFM: Bengkel Silat Melayu

Akademi Silat Malaysia

PSGFM di Anugerah Sukan Negara 2016

Imbas Kembali Kejayaan PSGFM di Peringkat Dunia

Silat Tempur Semakin di Minati

Silat – Warisan Bangsa Malaysia

Inovasi Produk Silat Melayu

Raikan 40 Tahun PSGFM 1976-2016

Anugerah Silat Kebangsaan 2017

Kejohanan Silat Tempur Kini Bertaraf Antarabangsa

Persidangan Majlis Tertinggi Silat Peringkat ASEAN

Jemputan Menteri di Program TN50

T-Shirt Rasmi Kejohanan Silat Tempur Kebangsaan 2017

Pesilat Australia dinobatkan Pesilat Terbaik Kejohanan

PSGFM SELAKU PENAJA RASMI MOHE 2017

Written by PemegangAmanah