PSGFM maknanya “Profesional”- YB Datuk Abdul Rashid Asari

Pada Majlis Aidilfitri 2022 anjuran Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) yang berlangsung di Bandar Puteri, Puchong Selangor memberikan isyarat yang jelas kepada semua bahawa Silat Melayu kini ditadbir oleh satu badan sukan silat yang Profesional dan berwibawa.

Penaung PSGFM, YB Datuk Abdul Rashid Asari, memuji barisan Majlis Tertinggi dan ahli jawatankuasa PSGFM yang terdiri daripada golongan profesional yang sekaligus mengangkat martabat silat di peringkat nasional dan antarabangsa. Menurut Abdul Rashid lagi, pengalaman beliau bersama-sama badan sukan kebangsaan yang dahulunya diterajui oleh Tan Sri Muhammad Taib tidak dapat menghasilkan satu pasukan kepimpinan sukan silat yang profesional seperti PSGFM.

Sebagai contoh PSGFM berjaya menghimpunkan ramai cendiakawan-cendiakawan di peringkat universiti yang bersama-sama memberikan sumbangan memertabatkan silat di peringkat antarabangsa sehinggalah diiktiraf UNESCO.

Antara nama-nama besar  akademik dalam sukan, Silat Melayu dan seni mempertahankan diri di Malaysia yang telah hadir ke program-program PSGFM adalah:

  1. Prof Dr. Mohad Anizu Mohd Nor – Dekan FSR, UiTM Shah Alam, Selangor
  2. Prof Dr. Shahriman Zainal Abidin – Penolong Naib Canselor (Antarabangsa), UiTM
  3. Prof Dr Jady@Zaidi Hassim – Dekan, Fakulti Undang-undang, UKM, Selangor
  4. Prof Dr Nadhratul Wardah Salman- Pensyarah Fakulti Undang-undang, UM, Kuala Lumpur
  5. Prof Dr Rozita Abdul Latif – Dekan FSR, UiTM Seremban 3, UiTM, Negeri Sembilan
  6. Prof Dr Ali Nadzalan, Timbalan Dekan, Fakulti Kejurulatihan Sukan, UPSI, Perak
  7. Prof Dr Raja Mohamad Firhad – Timbalan Dekan (Akademik) FSR, UiTM Shah Alam, Selangor
  8. Prof Dr Hosni Hassan – Timbalan Dekan (ICAN) FSR, UiTM Shah Alam, Selangor
  9. Prof Dr. Hassanuddeen B. Abd. Aziz – Dekan Fakulti Perniagaan, UIA, Selangor
  10. Prof Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie – FSR, UiTM Shah Alam, Selangor
  11. Prof Dr Rezian-na Muhammad Kassim – Koordinator Antarabangsa, UiTM Shah Alam Selangor
  12. Prof Dr Datin Seri Sarina Mohd Yusof – FSR, UiTM Shah Alam, Selangor
  13. Prof Dr Mohamad Rahizam Abdul Rahim – Timbalan Dekan (HEP) FSR, UiTM Shah Alam, Selangor
  14. Prof Dr Lee Kwan Meng – UPM
  15. Prof Dr Vincent Parnabas – FSR, UiTM Shah Alam, Selangor
  16. Dr Jufitri Joha – MBM
  17. Prof Dr Wojciech Cynarki – Poland
  18. Prof Dr Carlos Gutirez – Sepanyol
  19. Prof Dr Abel Figueredo – Portugal
  20. Prof Dr John Johnson – USA
  21. Prof Dr Christiano Barrera – Brazil
  22. dan ramai lagi…

Ternyata kenyataan yang diungkapkan oleh Abdul Rashid telah terbukti kebenarannya apabila tadbir-urus PSGFM mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui penulisan akademik dari penulis tempatan dan antarabangsa.

A scientific and martial arts event in a new, pandemic situation; casus of one conference anno domini 2020

Effective Leadership Towards the Star Rating Evaluation of Malaysian Seni Gayung Fatani Malaysia Organization (PSGFM)

A Narrative Exploration of Issues in Silat Development From Children To Youth Athletes

Semoga kejayaan ini berterusan demi Agama, Bangsa dan Negara.

FATANI NUSA BAKTI

Author: PemegangAmanah