Tokoh Silat Negara 2021 – TS Nasru Syazwan Nawai

Tahniah diucapkan kepada Tokoh Silat Negara 2021 – TS Nasru Syazwan Nawai.

Panel pemilih yang terdiri daripada pakar-pakar dan aktivis silat di Malaysia telah memilih beliau selaku tokoh yang membawa Silat Melayu ke peringkat antarabangsa sejak tahun 2015. 

Pengiktirafan ini disampaikan oleh Guru Utama PSGFM, GM Aminuddin Anuar.

Pengiktirafan kepada beliau yang telah menyokong pengembangan Silat Melayu bermula di Asia Sports Industry 2015 apabila PSGFM dicalonkan sebagai satu-satunya persatuan terbaik dari Malaysia di peringkat Asia.

Sejak itu beliau memberikan sokongan secara tidak langsung dalam pelbagai penganjuran silat di peringkat nasional iaitu Anugerah Silat Kebangsaan, Kejohanan Silat Tempur Antarabangsa (Liga dunia), Silat European Tour dan banyak lagi.

Beliau memberikan tumpuan secara serius mulai tahun 2000 apabila terlibat secara langsung selaku ahli jawatankuasa penganjur di IMACSSS2020 yang mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Pada tahun 2021, beliau kerap melakukan pembentangan ilmiah di peringkat antarabangsa dan mendapat pengiktirafan di Anugerah Silat Kebangsaan 2021.

Beliau telah berusaha keras memertabatkan Silat Melayu di persada antarabangsa apabila kajian beliau di dalam bidang pelancongan silat diiktiraf di peringkat dunia.

Terima kasih diucapkan kepada beliau di atas segala sumbangan yang diberikan demi Agama, Bangsa dan Negara.

Senarai penerima Anugerah Tokoh Silat Melayu di ASK:

2017 – Tan Sri Norliza Rofli – JKKN MOTAC

2018 – Puan Nor Shafizah Yahaya – KPM

2019 – Dr Nadhratul Wardah Salman – UM 

2020 – Prof Madya Mohad Anizu Mohd Nor – UiTM

2021 – TS Nasru Syazwan Nawai – Yayasan Nurani Malaysia

 

 

Author: PemegangAmanah