Bicara Pakar Silat Dunia di UiTM

Program Live@PTAR Segmen Bicara Buku – Southeast Asian Martial Arts: A Unique and Complex Cultural Phenomenon


Perpustakaan Tun Abdul Razak Sains dan Teknologi UiTM Shah Alam dengan Kerjasama Strategik Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam telah menganjurkan Program Live@PTAR Segmen Bicara Buku: Southeast Asian Martial Arts: A Unique and Complex Cultural Phenomenon pada
Tarikh : 01 Jun 2022 (Rabu)
Masa : 11.00 pagi – 12.00 Tengah Hari


Program yang julung kali diadakan ini mengetengahkan Panel Jemputan: Prof. Madya Dr. Mohamad Nizam Bin Mohamed Shapie, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Jaringan & Industri), Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam manakala Moderator Program: Puan Jamiaton Binti Kusrin, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam.


Penyertaan program ini terbuka kepada semua warga UiTM dan masyarakat luar. Siaran Langsung boleh diakses menerusi saluran facebook dan YouTube Perpustakaan UiTM Channel: https://bit.ly/3GEGYsX

 

 

Program santai ini mengupas buku hasil penyelidikan “2021 World Martial Arts in-Depth Research” yang ditaja sepenuhnya oleh UNESCO-ICM bernilai RM165, 900.00. Hasil kajian berimpak tinggi ini telah diterbitkan oleh UNESCO-ICM dan UiTM melibatkan penyelidik dari 4 buah negara iaitu Indonesia, Filipina, Singapura dan Malaysia yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Nizam Bin Mohamed Shapie, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Jaringan & Industri), Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam, Selangor.


Penghasilan buku penyelidikan ini berperanan sebagai rujukan utama untuk mengetengahkan keaslian seni mempertahankan diri khususnya silat Malaysia, Indonesia, Singapura dan Filipina. Ini kerana, jatuh bangun sesuatu bangsa dapat dikenali melalui ilmu seni mempertahankan diri.

Silat sebagai salah satu seni budaya Melayu asli mesti dikekalkan meskipun peradaban bangsa telah maju sepenuhnya. Bak kata pepatah Melayu, yang lama kita kekalkan, yang baru kita raikan. Semoga dengan penghasilan buku ini dapat membantu memartabatkan dunia persilatan Melayu ke persada dunia.

 

 

 

 

 

 


Kepada para peminat seni mempertahankan diri yang ingin mendapatkan buku ini, boleh layari laman web rasmi ICM UNESCO dan muat turun di

===> http://unescoicm.org/eng/library/bookreport.php


#FSRUiTMShahAlam
#ICMUNESCO
#ProgramLivePTARBicaraBuku
#PTARSainsdanTeknologi
#TeamprogramLivePTARBahagianKomunikasiKorporat
#LivePTARBahagianPerkhidmatanPelanggan

Penulis:
Jamiaton Kusrin

 

Author: PemegangAmanah