Wan Zamri Terkejut Menerima Anugerah Pesilat Harapan di ASK2019

Kinrara, Selangor – Anugerah Silat Kebangsaan 2019 (ASK2019) pastinya meninggalkan kesan yang mendalam kepada Encik Wan Zamri Wan Hassan apabila dinobatkan dengan Anugerah Pesilat Harapan Negara untuk tahun 2019.

Pastinya kejayaan ini amat bermakna kepada beliau yang telah hadir bersungguh-sungguh belajar Seni Silat Melayu di Shah Alam.

Beliau yang tinggal di Cheras berulang-alik pada setiap Jumaat sehingga jam 3 pagi tekun mempelajari silat secara praktikal dan teoritikal.

Dalam ucapannya, beliau berbangga dengan PSGFM yang menjadi tonggak kebudayaan seni mempertahankan diri bangsa Melayu yang gigih mempromosikan seni warisan bangsa Malaysia ini.

Adalah menjadi kewajiban kepada setiap bangsa Melayu belajar Silat kerana ia adalah warisan zaman-berzaman yang telah diwarisi sejak dahulu lagi.

Syabas kepada Wan Zamri Wan Hassan.

FATANI NUSA BAKTI

 

 

Author: PemegangAmanah