Pensyarah Universiti Malaya diiktiraf sebagai Tokoh Silat Malaysia

Kinrara, Selangor – Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah), Fakulti Undang-undang Universiti Malaya, Dr Nadrahtul Wardah binti Haji Salman telah dianugerahkan selaku Tokoh Silat di Anugerah Silat Kebangsaan 2019 (ASK2019).

Dr Nadrahtul Wardah Salman (kiri) dinobatkan selaku Tokoh Silat Kebangsaan 2019.

Pengalaman beliau selaku seorang pesilat, bekas atlit silat olahraga kebangsaan, penyokong, pentadbir dan di antara orang yang pertama terlibat dengan pengenalan Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan pada tahun 2014 telah mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan.

Jasa-jasa beliau amatlah dihargai dan pengiktirafan ini adalah tepat dengan segala usaha yang telah beliau curahkan kepada dunia persilatan di Malaysia.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang dua;
Hancurlah badan dikandung tanah,
Budilah baik dikenang juga.

Tahniah Dr Wardah!

FATANI NUSA BAKTI

Author: PemegangAmanah