Ketika Negara Hampir Muflis – Rakyat Malaysia Bangkit Tumbangkan BN

Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Pakatan Harapan di atas kejayaan dalam Pilihanraya Umum ke 14. Kejayaan ini amat bermakna kerana berjaya menumbangkan Barisan Nasional sekaligus menjadikan kepimpinan yang diketuai oleh DS Najib Razak selaku Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia buat julung-julung kalinya.

Kepimpinan yang diketuai oleh Tun Mahathir Mohamad dan DS Anwar Ibrahim berjaya menumbangkan kerajaan yang telah menguasai kerajaan di Malaysia selama 61 tahun. Lebih bermakna lagi apabila Pakatan Harapan yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat, Parti Tindakan Demokratik, Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi BERSATU Malaysia pada kali ini yang bergabung di bawah satu logo Parti Keadilan Rakyat.

 

 

 

 

 

 

PSGFM amat mengalu-alukan keputusan ini dan berharap agar semua pihak menghormati keputusan majoriti yang telah dibuat oleh rakyat Malaysia yang layak mengundi. PSGFM bakal menjalinkan kerjasama yang rapat dan menyambung hubungan yang telah terjalin selama ini dengan kepimpinan yang diketuai oleh DS Anwar Ibrahim.

Tahniah Bangsa Malaysia.

Fatani Nusa Bakti.

Author: PemegangAmanah