Tahniah kepada semua Pemenang Anugerah ASK2020

Malam Anugerah Silat Kebangsaan 2020 (ASK 2020), anjuran Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) dengan kerjasama Persekutuan Silat Olahraga Nasional Malaysia [PESONA Malaysia] dan World Silat Federation [WSF] telah berlangsung pada 4 Disember 2021 di Hotel Perdana Kuala Lumpur City Centre (dahulu dikenali sebagai PNB Darby Park Hotel).

Malam ASK 2020 ini adalah kesinambungan pelancaran kiraan detik (count-down) sambutan 50 tahun PSGFM pada tahun 2026. Seramai 100 individu telah hadir daripada 30 agensi Silat Melayu terlibat dalam majlis anugerah Silat Melayu berprestij ini.

Pihak Majlis Tertinggi (MT) PSGFM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penaja ASK 2020.  Kehadiran beberapa tokoh silat, korporat, perniagaan tempatan dan antarabangsa bakal memberikan impak yang besar pada pengembangan industri silat di Malaysia. Antara tokoh perniagaan dan penaja yang hadir adalah yang hadir adalah  Puan Nor Aishah Mansor (Pengarah Urusan, Origamas Sdn Bhd),  Dato Zakaria Ismail (Pengurus Besar, Hotel Perdana KLCC), Datin Narena Nasrudin, dan Puan Asnah Mansor selaku Swiftlet Presiden PHI, Ir Mohamad Azlan Mohamed Shapie (Pengarah, Summit Features Sdn. Bhd.), Dato Nasru Nawai (Pengarah Urusan, Yayasan Nurani Malaysia), Puan Nor Haslili Abdul Halim (Pengarah Urusan, Alabaster Venture), Dr Ali Nadzalan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Datin Rosmariza Binti Dato’ Hj. Che Umar (Pengarah, Pasaraya Sakan).

Pihak penganjur ASK2020 ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada Penaung PSGFM, YB Datuk Abdul Rashid Asari yang telah sudi hadir merasmikan majlis gilang-gemilang kali ini. Pihak penganjur mengucapkan syabas dan tahniah kepada Prof. Dr. Mohad Anizu Mohd Noor yang telah diangkat selaku Tokoh Silat Negara 2020 di atas segala sumbangan dan jasa yang diberikan kepada industri Silat Melayu.

Tiga puluh dua anugerah (32) diberikan kepada para penggerak Seni Silat Malaysia yang julung-julung kalinya diadakan ini. Anugerah ini adalah satu pengiktirafan kepada para pengamal Silat Melayu yang giat mempromosikan Silat ke serata dunia. Di samping itu, ia dapat dijadikan sebagai landasan terbaik dalam mengembangkan Seni Silat Malaysia dari masa ke semasa.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Anugerah Silat Kebangsaan 2020.

Anugerah-anugerah tersebut adalah:

i. Anugerah Pendeta Silat
ii. Anugerah Pakar Silat Malaysia
iii. Anugerah Program Silat Terbaik (Antarabangsa)
iv. Anugerah Program Silat Terbaik (Nasional)
v. Anugerah Jurulatih Silat Terbaik (Lelaki)
vi. Anugerah Jurulatih Silat Terbaik (Wanita)
vii. Anugerah Keluarga Emas
viii. Anugerah Budi Emas
ix. Anugerah Pesilat Terbaik (Lelaki)
x. Anugerah Pesilat Terbaik (Wanita)
xi. Anugerah Pesilat Harapan (Lelaki)
xii. Anugerah Pesilat Harapan (Perempuan)
xiii. Anugerah Pesilat Terbaik (Putera, Remaja)
xiv. Anugerah Pesilat Terbaik (Putera, Kanak-kanak)
xv. Anugerah Pesilat Terbaik (Puteri, Remaja)
xvi. Anugerah Pesilat Terbaik (Puteri, Kanak-kanak)
xvii. Anugerah Pesilat Harapan (Putera, Remaja)
xviii. Anugerah Pesilat Harapan (Putera, Kanak-kanak)
xix. Anugerah Pesilat Harapan (Puteri, Remaja)
xx. Anugerah Pesilat Harapan (Puteri, Kanak-Kanak)
xxi. Anugerah Olahragawan Silat Malaysia (Putera, Remaja)
xxii. Anugerah Olahragawan Silat Malaysia (Putera, Kanak-Kanak)
xxiii. Anugerah Olahragawan Silat Malaysia (Puteri, Remaja)
xxiv. Anugerah Olahragawan Silat Malaysia (Puteri, Kanak-kanak)
xxv. Anugerah Gelanggang Silat Terbaik
xxvi. Anugerah Kelab Silat Terbaik
xxvii. Anugerah Perguruan
xxviii. Anugerah Tokoh Silat (Anugerah Khas)
xxix. Anugerah Pengkaji Silat Terbaik
xxx. Anugerah Khas Pengembang Silat Antarabangsa
xxxi. Anugerah Penggerak Silat
xxxii. Anugerah Khas Guru Utama

Kepada yang tidak tersenarai pada tahun ini – komitmen anda amat kami hargai dalam memertabatkan Silat di persada antarabangsa pada tahun hadapan.

 

Author: PemegangAmanah