Senarai Anugerah ASK2020

Anugerah Silat Kebangsaan (ASK) adalah merupakan satu anugerah tertinggi Silat Melayu kepada individu, badan dan pertubuhan Silat Melayu sama ada di peringkat amatur atau profesional.

Anugerah ini diadakan pada setiap tahun untuk menghargai jasa individu yang memberikan sumbangan terbaik di dalam memartabatkan Silat Melayu sama ada di Malaysia mahupun antarabangsa.

Tiga puluh dua anugerah (32) akan diberikan kepada para penggerak Seni Silat Malaysia yang julung-julung kalinya diadakan ini.

Anugerah ini adalah satu pengiktirafan kepada para pengamal Silat Melayu yang giat mempromosikan Silat ke serata dunia.

Di samping itu, ia dapat dijadikan sebagai landasan terbaik dalam mengembangkan Seni Silat Malaysia dari masa ke semasa.

Anugerah-anugerah tersebut adalah:

i. Anugerah Pendeta Silat
ii. Anugerah Pakar Silat Malaysia
iii. Anugerah Program Silat Terbaik (Antarabangsa)
iv. Anugerah Program Silat Terbaik (Nasional)
v. Anugerah Jurulatih Silat Terbaik (Lelaki)
vi. Anugerah Jurulatih Silat Terbaik (Wanita)
vii. Anugerah Keluarga Emas
viii. Anugerah Budi Emas
ix. Anugerah Pesilat Terbaik (Lelaki)
x. Anugerah Pesilat Terbaik (Wanita)
xi. Anugerah Pesilat Harapan (Lelaki)
xii. Anugerah Pesilat Harapan (Perempuan)
xiii. Anugerah Pesilat Terbaik (Putera, Remaja)
xiv. Anugerah Pesilat Terbaik (Putera, Kanak-kanak)
xv. Anugerah Pesilat Terbaik (Puteri, Remaja)
xvi. Anugerah Pesilat Terbaik (Puteri, Kanak-kanak)
xvii. Anugerah Pesilat Harapan (Putera, Remaja)
xviii. Anugerah Pesilat Harapan (Putera, Kanak-kanak)
xix. Anugerah Pesilat Harapan (Puteri, Remaja)
xx. Anugerah Pesilat Harapan (Puteri, Kanak-Kanak)
xxi. Anugerah Olahragawan Silat Malaysia (Putera, Remaja)
xxii. Anugerah Olahragawan Silat Malaysia (Putera, Kanak-Kanak)
xxiii. Anugerah Olahragawan Silat Malaysia (Puteri, Remaja)
xxiv. Anugerah Olahragawan Silat Malaysia (Puteri, Kanak-kanak)
xxv. Anugerah Gelanggang Silat Terbaik
xxvi. Anugerah Kelab Silat Terbaik
xxvii. Anugerah Perguruan
xxviii. Anugerah Tokoh Silat (Anugerah Khas)
xxix. Anugerah Pengkaji Silat Terbaik
xxx. Anugerah Khas Pengembang Silat Antarabangsa
xxxi. Anugerah Penggerak Silat
xxxii. Anugerah Khas Guru Utama

Senarai pemenang ASK 2017, 2018, 2019

Author: PemegangAmanah