Inilah YB Yang Kita Mahu – Sumbangan Piala Aminuddin Anuar 2018

Suntikan semangat kepada para pesilat yang mewakili Akademi Silat Malaysia apabila mendapat bantuan kewangan daripada Ahli Parlimen Shah, YB Khalid Samad dalam mempersiapkan pasukan tersebut.

Di samping itu juga, Akademi Silat Malaysia mendapat tajaan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri, Kota Anggerik iaitu YB Dr Yaakob Sapari yang berbesar hati memberikan bantuan kepada pasukan ini.

Sumbangan ini, diharapkan dapat membantu para pesilat ini dalam menyediakan kelengkapan lengkap selaku pesilat yang beraksi di peringkat kebangsaan.

Akademi Silat Malaysia diwakili oleh para pesilat yang telah mencipta nama dalam Silat Tempur antaranya adalah Elissa Sarah, Eilya Sofea, Muhammad Basir, Abdullah Basir dan Azraf Luqman yang pernah menjuarai kejohanan sebelum ini.

 

 

 

 

Author: PemegangAmanah