Piala Aminuddin Anuar & PRU14

PENGUMUMAN RASMI!

Adalah dimaklumkan bahawa Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan Siri II, Piala Aminuddin Anuar akan dijalankan pada 4-5 Mei 2018 di Sherwood Gateway Hotel, Bandar Baru Bangi.

Susulan dengan pengumuman Suruhanjaya Piliharaya Malaysia bahawa PRU14 akan berlangsung pada 9 Mei 2018, maka kejohanan bertaraf lima bintang ini akan dijalankan seperti mana yang telah dirancang dalam kalender tahunan PSGFM.

Diharapkan semua pasukan yang bertanding dapat mempersiapkan pasukan masing-masing untuk kejohanan kali ini yang dijangka mendapat sambutan yang luar biasa.

Ini kerana Piala Aminuddin Anuar kini telah menjadi kejohanan rasmi PSGFM setiap suku tahun.

Sebarang persoalan boleh menghubungi Encik Mohamad di talian 013-589 2348 / 019 – 324 4038.

Sekian, harap maklum.

 

 

 

– Setiap pasukan dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM 200.00. Manakala setiap pesilat akan dikenakan yuran pertandingan sebanyak RM 100.00 sahaja.

– Setiap penyertaan hendaklah menjelaskan yuran pertandingan semasa menyerahkan borang pertandingan iaitu SEBELUM 29 APRIL 2018 (AHAD, 12 TENGAH HARI) lima sebelum hari pertandingan.

– Mana-mana penyertaan yang menarik diri atau tidak dapat menyertai kejohanan ini akan dianggap kalah dan wang penyertaan pertandingan tidak akan dikembalikan.

– Yuran boleh dibayar ke akaun Seni Gayung Fatani, RHB BANK (26251300002880) dan resit bayaran di hantar melalui WhatsApp kepada Setiausaha Pertandingan, Cik Azizah Yeop (+6017-344 6272 / +6017 – 938 4424).

Author: PemegangAmanah