Silat European Tour 2022 – PSGFM Menjadi Contoh Terbaik Pengurusan Silat Bertaraf Dunia dalam Memertabatkan Seni Silat Malaysia di Peringkat Antarabangsa, Syabas!

Alhamdulillah segala puji kepada Allah.

Silat European Tour 2022 hadir sekali lagi.

Telah 2 tahun pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) merancang.

Di tengah-tengah kesibukan International Martial Arts Festival 2022 (IMAF 2022), program terbesar Seni Mempertahankan Diri di Eropah iaitu 5th World Scientific Congress of Combat Sports and Martial Arts dan 11th International Conference of IMACSSS akan berlangsung di ‘kampung kami’ iaitu Rzeszow, Poland. InsyaAllah, ini adalah kali ketiga delegasi PSGFM akan ke sana.

Program kali ini akan melibatkan seramai 25 orang delegasi dari Malaysia. Hampir semua delegasi Malaysia menggunakan perbelanjaan sendiri. Begitulah pengorbanan semua individu ini yang berjuang mengembangkan Seni Silat Malaysia di peringkat antarabangsa.

GM Prof Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie telah dijemput untuk:

  • membentangkan kertas kerja penyelidikan silat antarabangsa,
  • mengendalikan bengkel silat dunia,
  • membuat persembahan silat bersama-sama team dari UiTM, PSGFM, PESONA Malaysia dan World Silat Federation,
  • mengadili pemilihan pembentang terbaik,
  • membida IMACSSS2024 di Malaysia
  • menerima Anugerah Antarabangsa daripada IMACSSS untuk Anugerah Khas IMACSSS selaku badan bukan politik seni mempertahankan dunia.

Paling utama mesyuarat pertama World Silat Federation (WSF) akan berlangsung di Rzeszow, Poland.

Beliau akan ditemani oleh 2 orang pelajar Master dan PhD dalam kajian silat iaitu Coach Hazim Samsudin dan Dato TS Nasru Syazwan Nawai.

Turut serta bersama-sama PSGFM  adalah wakil Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Cikgu Mohamad Fahmi MOHAMED dan pasukan silat dari sekolah-sekolah Putrajaya, Tuan Ir Mohamad Azlan Mohamed yang juga akan membentangkan kertas kerja kajian ilmiah beliau di UTM dan delagasi-delagasi yang hadir daripada pelbagai agensi.

Pihak PSGFM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyokong.

Di sini kami selitkan sedikit perancangan program yang akan berlangsung di Eropah pada 10 – 25 Oktober 2022.

10 – 12  Oktober 2022

– Lokasi: Kuala Lumpur, Malaysia | London, United Kingdom

– Aktiviti: Lawatan Big Bus London / Lawatan ke Studio Silat London

13 – 15 Oktober 2022

– Lokasi: Rzeszow, Poland (University of Rzeszow)

– Aktiviti: 5th World Scientific Congress of Combat Sports and Martial Arts | 11th International Conference of IMACSSS | World Silat Federation 1st Meeting in Poland

16 – 19 Oktober 2022

– Lokasi: Warsaw, Poland

– Aktiviti: Jelajah Bandar Warsaw | Visit on Warsaw Cultural Site | Auschwitz Concentration Camp Tour / Visit to Warsaw MA Academy | Visit to Warsaw Silat Meeting Arena

20 – 23 Oktober 2022

– Lokasi: Berlin, Jeman

– Aktiviti: Jelajah Bandar Berlin | Lawatan ke Berlin MA Academy | Lawatan ke Berlin Silat Academy

24 – 25 Oktober 2022

– Lokasi: Geneva, Switzerland | Kuala Lumpur, Malaysia

– Aktiviti: Lawatan ke Silat Academy Geneva dan Perbincangan World Silat Federation.

SILAT UNTUK SEMUA

Silat European Tour 2014

Author: PemegangAmanah