Salam Lebaran 1440H

Shah Alam, Selangor – Pihak Pengurusan Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM Official) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019 kepada seluruh ahli yang menyambutnya di seluruh negara.

Semoga Lebaran kali ini memberikan harapan dan sinar yang baru dalam kita meneruskan perjuangan Seni Silat Melayu yang telah diwarisi zaman berzaman.

 

“Ya Allah, Muliakanlah Saudaraku ini, bahagiakanlah Keluarganya, berkatilah rezekinya, kuatkanlah imannya, berilah kenikmatan ibadahnya, jauhkanlah dia dari segala fitnah. Selamat Hari raya Maaf zahir Batin..” 

Kanak-kanak berlari-lari,
Sambil berlari memakan roti,
Ucapan dikirim pengganti diri,
Memohon maaf seikhlas hati.

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.

Walau Malaysia aman sentosa,
Jangan dilupa orang terinaya,
Makan sudah baju bergaya,
Orang fakir jangan dilupa.

Memukul gendang pelbagai cara,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.

Salam Lebaran 1440H daripada kami Pengurusan Tertinggi PSGFM Official.

Jangan Lupa Rumah Terbuka Aidilfitri 2019 pada 16 Jun 2019, Jam 2-5 petang.

Sila Hubungi 013-5892348 / 017 – 344 6272 / 019 – 324 4038 untuk hadir ke rumah terbuka Aidilfitri PSGFM Official.

JUMPA DI SANA!

Author: PemegangAmanah