Jangan Lupa…. Rumah Terbuka Aidilfitri PSGFM Official 2019

Shah Alam, Selangor Darul Ehsan – Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM Official) ingin menjemput semua ahli berdaftar termasuklah para pesilat, guru-guru, jurulatih-jurulatih muda dan elit, serta para penyokong kami yang terdiri daripada guru-guru penasihat sekolah, para ibu bapa pesilat serta penaja-penaja PSGFM Official.

Poster Selamat Hari Raya PSGFM Official

Majlis akan diadakan seperti berikut:

  • Hari Ahad (16 Jun 2019)
  • Jam 2 hingga 5 petang
  • Tema adalah Baju Kebangsaan / Batik
  • Tempat di Teratak Pendekar, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
  • Tetamu kehormat adalah Yang Mulia Tuan Guru GM Aminuddin Haji Anuar yang hadir dari Sandakan, Sabah.
  • Untuk RSVP, sila hubungi 017 – 344 6272 / 017 – 938 4424 / 011 – 3033 2352.

Para tetamu dinasihatkan untuk RSVP disebabkan lokasi majlis yang bakal dihadiri oleh ramai tetamu. Kawasan Teratak Pendekar hanya boleh menampung seramai 200 untuk suatu masa. Dinasihatkan juga supaya para tetamu yang hadiri meletakkan kenderaan di tempat yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

Semoga usaha ini diberkati oleh Allah s.w.t.

Author: PemegangAmanah