Kurikulum Seni Silat Malaysia Memperkasakan Wanita di Malaysia

Kejayaan PSGFM

Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) telah diberikan pengiktirafan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk melaksanakan program Seni Silat khas untuk wanita di Malaysia. Kementerian yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail selaku Menteri telah menjemput pihak PSGFM membentangkan program ini di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 24 September 2018.

 

Peranan PSGFM

PSGFM akan diwakili oleh mereka yang amat berpengalaman untuk membantu pihak KPWKM untuk menjalankan program ini. Ini kerana PSGFM adalah merupakan tunjang utama Silat di Malaysia. Ini dapat dilihat dengan kepakaran dalam pelbagai sudut seperti mana yang telah dilakukan sejak tahun 2013 yang dipimpin oleh YM TG Super Grandmaster Aminuddin Anuar.

Pihak PSGFM akan mengendalikan program ini mengikut 5 zon di Malaysia iaitu Zon Tengah, Zon Utara, Zon Pantai Timur, Zon Selatan dan Zon Malaysia Timur.

 

Kehebatan Silat

Inilah masanya untuk memertabatkan Seni Silat di kalangan masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum. Silat telah terbukti terbaik dengan pengiktirafan yang diterima oleh PSGFM.

 

Author: PemegangAmanah