Atas Permintaan Ramai – Pendekar Talk 2018. Tempah Tempat Anda Sekarang!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM Official) telah menerima banyak permintaan di kalangan ahli dan para peminat silat di Malaysia mengenai perbincangan berkisarkan sejarah, peranan dan hala tuju para Pendekar PSGFM Official di Malaysia.

Perbincangan ini juga bakal memberikan impak kepada masyarakat Malaysia kerana mereka akan mengetahui secara dekat dan terperinci perjalanan hidup dan gerak kerja para pendekar silat yang wujud di zaman ini.

Sesi Pendekar Talk 2018 (kali pertama) ini bakal mengetengahkan ramai pendekar yang hebat di mana kebanyakan daripada mereka adalah merupakan pakar dalam industri persilatan yang diceburinya.

Mereka yang bergelar pendekar ini bakal berbincang secara panjang lebar bersama-sama dengan YM TG Super GM Aminuddin Anuar yang juga merupakan Guru Utama PSGFM Official.

Antara para pendekar yang bakal hadir adalah:

  1. TG Aminuddin Anuar (Guru Utama)
  2. Pendekar Master Safwan Abu Hassan (kejurulatihan)
  3. Pendekar Super GM Mohd Shahiid Elias (usahawan dan perfileman)
  4. Pendekar Super GM Prof Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie (Pendita Silat, pengkaji kejurulatihan & intelektual)
  5. Pendekar Master Nur Fiqah Qari (seni halus)
  6. Pendekar Master Nur Hidayah Abdul Wahab (seni pemasaran)
  7. PT Hazim (kecergasan), Ustaz Farhan (kerohanian), Cikgu Raziya (pendidikan)

 

 

 

 

Program yang bakal berlangsung selama sehari ini bakal memberikan pelbagai input kepada para ahli PSGFM dan para peminat silat tempatan.

Diharapkan kepada yang berminat menghadiri program ini dapatlah menempah seberapa cepat kerana tempat adalah terhad. Berikut adalah butiran lanjut mengenai program Pendekar Talk 2018:-

  • Nama Program : Pendekar Talk 2018 (The Rise of Pendekar)
  • Masa Program : 10 pagi hingga 5 petang
  • Tarikh dan Hari Program : 13 Oktober 2018 (Sabtu)
  • Tempat :  Hotel Istana, Kuala Lumpur
  • Tempahan Tempat :  019 – 324 4038 / 013-5892348 / 010 – 309 2494 (Tuan Mohd)
  • Bayaran :  RM 300 (Sijil kehadiran disediakan, makan tengah hari dan minum petang disediakan)
  • Tarikh Tutup  :  8 Oktober 2018 (Isnin)

Semoga Pendekar Talk 2018 dapat memberikan inspirasi kepada para peminat silat tanah air yang tertanya-tanya hala tuju mereka dalam mengekalkan prestij dan kebudayaan Melayu selaku inspirasi kepada rakyat Malaysia.

FATANI NUSA BAKTI

Author: PemegangAmanah