Menteri Tekad Pulihkan Industri Silat di Sabah

Pihak Majlis Tertinggi (MT) telah dimaklumkan tentang perkembangan Seni Silat di Sabah melalui Guru Utama merangkap Pengerusi Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM), YM YB Super GM Tuan Guru Aminuddin Haji Anuar yang melaporkan perkembangan terperinci mengenai Silat di Negeri Sabah.

Guru Utama telah berusaha keras bersama pasukannya di Sabah selama 2 minggu yang lepas untuk menyediakan kertas cadangan kepada Kerajaan Negeri Sabah. Syukur Alhamdulillah niat dan hajat bertemu dengan Pembantu / Timbalan Menteri Belia dan Sukan Sabah YB Arunansin Taib telah dimakbulkan Ilahi dan penyerahan kertas kerja cadangan pembangunan Seni Silat di Negeri Sabah telah terlaksana.

Banyak isu telah diutarakan dan dibincangkan bersama YB Arunansin Taib terutamanya mengenai perubahan yang perlu dilakukan dalam memertabatkan Seni Silat di Sabah.

 

 

 

 

Antaranya adalah kegagalan persatuan-persatuan silat bergerak tanpa satu badan sukan yang mahir dan arif dalam tadbir urus sesebuah persatuan selain kemelut-kemelut yang berlaku dalam banyak persatuan silat di Sabah.

Punca-punca tersebut telah dikenal-pasti dan diutarakan cadangan untuk mengatasi permasalah tersebut.

Segala kemelut yang diwujudkan oleh pihak Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) mengenai tadbir urus persatuan silat di negeri-negeri adalah disebabkan oleh kepimpinan PESAKA yang tidak telus, melakukan penipuan pemilihan kepimpinan serta memperkudakan ahli-ahli silat demi kepentingan dan survival politik individu masing-masing dalam kerajaan yang lepas (BN).

Perincian ini telah disampaikan kepada kepimpinan negeri Sabah dan Insya Allah Sabah bakal menempuh satu era yang gemilang berbanding kepimpinan terdahulu di bawah kerajaan BN.

Pihak MT PSGFM melihat perkembangan ini selaku satu berita yang baik kerana PSGFM di bawah kepimpinan Tuan Guru Aminuddin Haji Anuar telah dinafikan haknya oleh PESAKA selama 10 tahun yang lepas. Selain itu juga, barisan kepimpinan PESAKA menggunakan platform politik mereka untuk menghalang para jurulatih silat yang tidak mengikut kehendak mereka dalam bergerak aktif di Malaysia.

Walaupun tanpa bantuan dan sekatan yang dicipta oleh PESAKA, PSGFM telah mencapai pelbagai kejayaan dan menjulang nama Malaysia di persada dunia di bawah kepimpinan Guru Utama, YM Aminuddin Haji Anuar.

Kami percaya kepercayaan yang bakal diberikan ini akan dapat membantu negeri Sabah menjadi model persilatan yang hebat dalam memertabatkan Seni Mempertahankan Diri Malaysia ini.

FATANI NUSA BAKTI.

Author: PemegangAmanah