Kajian Silat Melayu Hampir Terkubur Sehinggalah Mereka Muncul Menyelamatkan Bangsa

Alhamdulillah dengan berkat Ilahi kajian Silat kini telah diangkat dan diberi perhatian di peringkat antarabangsa. Banyak kajian-kajian ini telah membuka ruang kepada para pengkaji lain untuk menyiasat dan mencari kehebatan Seni Silat Malaysia ini.

Walaupun sebelum ini kita telah didedahkan dengan kesungguhan dan usaha keras ditunjukkan oleh Super Grandmaster Prof Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie yang bekerja keras memertabatkan silat di peringkat dunia dengan kajian-kajian silat yang memberikan impak yang besar kepada masyarakat antarabangsa. Namun segala usaha keras ini tidak akan memberikan sebarang implikasi pada masa hadapan sekiranya tiada usaha melahirkan bakat-bakat dan pengkaji-pengkaji muda yang lain untuk didedahkan ke peringkat dunia.

Untuk melihat senarai kajian-kajian yang telah disumbangkan oleh GM Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie and boleh ke laman web Google Scholar beliau.


Kita bersyukur kerana Pengkaji Silat Terbaik 2018 di Anugerah Silat Kebangsaan 2018 kini telah mengorak langkahnya sebagai pengkaji silat berbakat.

Beliau adalah Puan Dahlia Al Syurgawi.

Beliau telah membentangkan kajian beliau terkini berjudul The Effects of a 6-week Plyometric Training on Muscular Strength Performance in Silat Olahraga di 3rd Fédération Internationale d’Education Physique (FIEP) Asia Conference yang bermula pada1 hingga 3 Jun 2108 di Universiti  Kolej Tunku Abdul Rahman University, Kuala Lumpur, Malaysia.

Kesungguhan beliau ini telah membuka mata ramai pihak yang tidak menjangkakan kesungguhan beliau dalam memertabatkan kajian-kajian Silat di peringkat antarabangsa. Untuk maklumat semua pihak, beliau kini sedang menjalankan penyelidikan beliau di peringkat Sarjana Sains Sukan di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Beliau mendapat bimbingan oleh mentor, pakar dan pendita silat GM Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie.

Pembentangan yang dilakukan ini bukanlah kali pertama kerana beliau telahpun membuat pembentangan antarabangsa di beberapa persidangan antarabangsa yang lain di samping menerbitkan kajian beliau di peringkat prosiding dan journal sains sukan.

Berikut adalah senarai kajian dan pembentangan yang pernah beliau sumbangkan kepada Seni Silat Malaysia:

Pembentangan Antarabangsa

  • Pembentangan Pertama di 4th International Conference on Movement, Health and Exercise (MoHE 2017), Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru, Malaysia, 5-7 December 2017.
  • Pembentangan Kedua di 2nd ASEAN Sports Medicine Conference 2018, Istana Hotel, 24 – 25 March 2018
  • Pembentangan Ketiga di 3rd The Fédération Internationale d’Education Physique (FIEP) Asia Conference, Tunku Abdul Rahman University College, Kuala Lumpur, 1-3 June 2018.

Prosiding Antarabangsa

  • AL-SYURGAWI, Dahlia. The effects of a 6-week plyometric training on agility performance in silat olahraga. Conference Proceedings, 4th International Conference on Movement, Health and Exercise (MoHE 2017), Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru, Malaysia, 5-7 December 2017.
  • AL-SYURGAWI, Dahlia. Effects Of A 6-Week Plyometric Training On Cardiovascular Endurance Performance In Silat Olahraga Athletes. Conference Proceedings, 2nd ASEAN Sports Medicine Conference 2018, Istana Hotel, 24 – 25 March 2018.
  • AL-SYURGAWI, Dahlia. The Effects of a 6-Week Plyometric Training on Muscular Strength Performance in Silat Olahraga. Conference Proceedings, 3rd The Fédération Internationale d’Education Physique (FIEP) Asia Conference, Tunku Abdul Rahman University College, Kuala Lumpur, 1-3 June 2018.

Journal Terbitan

  • AL-SYURGAWI, Dahlia. The effects of a 6-week plyometric training on agility performance in silat olahraga. Malaysian Journal of Movement, Health & Exercise, [S.l.], v. 7, n. 1, jan. 2018. ISSN 2600-9404.

 

Pihak PSGFM mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam kerjaya dan kehidupan beliau terutamanya mengenai kajian-kajian seterusnya. Jasa-jasa beliau ini amat dihargai oleh masyarakat persilatan di Malaysia.

FATANI NUSA BAKTI.

Author: PemegangAmanah