ELISSA SARAH GARANG MENDAHULUI RANKING SILAT TEMPUR MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berikut adalah kedudukan terkini ranking pesilat puteri yang bertanding di Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa, Piala Aminuddin Anuar 2018.

Piala Aminuddin Anuar telah bermula sejak tahun 2015 dan satu-satunya liga silat kebangsaan yang ada di Malaysia. Inisiatif ini diambil oleh PSGFM untuk melahirkan bakal-bakal juara yang bakal menjadi pesilat Malaysia 10 tahun lagi dari sekarang.

Liga Silat Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa ini juga telah disertai oleh para pesilat dari Australia.

Kejohanan yang berlangsung sejak tahun 2014 ini telah menarik perhatian lebih 1000 orang pesilat yang menyertai sirkit silat kebangsaan ini yang bermula di Universiti Malaya Kuala Lumpur pada tahun 2014.

 

 

Kiraan mata telah dilakukan mengambil kira 4 kejohanan besar untuk 2018 iaitu:

1. KEJOHANAN SILAT TEMPUR PERINGKAT KEBANGSAAN – PIALA AMINUDDIN ANUAR 2018

2. KEJOHANAN SILAT TEMPUR PERINGKAT KEBANGSAAN – AVENGERS 2018

3. KEJOHANAN SILAT TEMPUR PERINGKAT KEBANGSAAN – CHAMPION 2018

4. KEJOHANAN SILAT TEMPUR PERINGKAT KEBANGSAAN – FINAL CHAPTER 2018

Kedudukan terkini bakal menobatkan pesilat keseluruhan terbaik selaku Pesilat Terbaik PSGFM 2018 di ASK 2018.

Ketika ini kedudukan lima tempat teratas menjadi rebutan yang bakal menawarkan hadiah individu berjumlah RM1000.00. Kedudukan Ranking didahului oleh Elissa Sarah, Eilya Sofea, Dania Nur Dini, Nur Hannan Khalisya dan Alya Aishah.

 

 

 

 

Berikut adalah ranking terkini untuk 2018 (tidak mengambil kira Final Chapter 2018)

  1. PUTERI ELISSA SARAH ( 415, 575)
  2. PUTERI EILYA SOFEA (280, 435)
  3. DANIA NUR DINI BINTI YASMI (275, 300)
  4. NUR HANNAN KHALISYA BINTI MOHD ROZMI (155, 305)
  5. ALYA AISYAH BINTI MD. HISAM (100, 175)
  6. NUR DAMIA INSYIRAH BINTI MOHD HELMY (100, 125)
  7. KU NUR AWADAH BINTI MOHAMAD ARAFAT (100,100)
  8. NUR AISYA SOFIYYA RUMAIZI (100, 100)
  9. KHASYIYAH RINA BINTI HIZBULLAH (80, 235)
  10. DANIA ELISA BINTI MUHAMMAD AFIF (75, 155)
  11. NADINE UMAYRAH MOHD FAIZUDDIN (75, 75)
  12. NUR AFIFAH HANNAH BINTI MOHD SUBHI (75, 75)
  13. NURKHALEEDA ADRIANA BT KHAIRUL ISMADI ( 25, 25)
  14. NUR HANNAN KAIYISAH BINTI MUHAMAD JRIZA (25, 25)
  15. CHE EFFAT DANIA (0, 25)
  16. NOOR LIYANA BALQIS (0,25)
  17. SARAH (0, 25)
  18. AIRA HUSN BINTI AHMAD HADI

Diharapkan para pesilat yang bakal bertanding di Final Chapter 2018 dapat memanfaatkan segala peluang yang ada untuk merebut kejuaraan yang bakal berlangsung di Kinrara Resort, Puchong, Selangor.

FATANI NUSA BAKTI

Author: PemegangAmanah