SELAMAT HARI KEBANGSAAN 2018

Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan 2018 kepada semua ahli PSGFM di seluruh Malaysia.

 

Marilah kita teruskan perjuangan memertabatkan Silat di Malaysia. Selaku rakyat bangsa Malaysia menjadi tanggungjawab kita mempelajari, membangun dan mengembang budaya bangsa ini. Lakukan sepenuh hati demi masa depan Malaysia untuk 1000 tahun akan datang.

Ketika ini badan sukan silat PESAKA menumpukan sepenuhnya kepada pembangunan dan perkembangan Pencak Silat Indonesia. Kerana itu isu-isu terkini berkisarkan prestasi, adab dan akhlak pesilat Malaysia diuruskan PESAKA menjadi buah mulut masyarakat antarabangsa di Asia Games 2018. Pihak PSGFM tidak terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan PESAKA ini. PSGFM teah dinafikan hak mereka di dalam PESAKA kerana satu-satunya pertubuhan yang mengembangkan Silat versi Malaysia di dalam PESAKA.

Usaha-usaha yang dilakukan oleh PSGFM sejak 30 tahun lepas menunjukkan komitmen kami dalam memertabatkan silat ke seluruh dunia. Bebaskan Silat di Malaysia daripada cengkaman PENCAK SILAT dan PESAKA.

Silat untuk Semua.

Author: PemegangAmanah