Anugerah Silat Kebangsaan 2022 memartabatkan industri silat Malaysia ke peringkat antarabangsa

Tahniah kepada seluruh warga persilatan di Malaysia di atas sokongan yang diberikan kepada Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM Official).

Sebagai membalas segala usaha yang dicurahkan kepada semua pihak yang mengembeling tenaga memertabatkan Silat Melayu, maka pihak PSGFM Official telah meraikan mereka di Majlis Makan Malam Anugerah Silat Kebangsaan 2022 (ASK2022) yang diadakan di Alami Hall, Bukit Jelutung, Selangor.

Anugerah ini diadakan pada setiap tahun untuk menghargai jasa individu yang memberikan sumbangan terbaik di dalam memertabatkan Silat Melayu sama ada di Malaysia mahupun antarabangsa.

Di samping itu, ia dapat dijadikan sebagai landasan terbaik dalam mengembangkan Seni Silat Malaysia dari masa ke semasa.

Berikut adalah pemenang-pemenang di ASK2022:

Author: PemegangAmanah