9 Tahun Pemergian Anuar Abdul Wahab

Hari ini genap 9 tahun pemergian Allahyarham Tuan Guru Anuar Abdul Wahab AMN. Tokoh ulung silat ini telah berjuang sepanjang hayat beliau memertabatkan Silat Melayu di bumi bertuah ini.

Kejayaan demi kejayaan telah dicipta oleh PSGFM dalam menjulang nama Silat Melayu sejak pemergian beliau menghadap Ilahi.

Usaha ini telah disambung oleh anakanda beliau selaku Guru Utama PSGFM yang kedua iaitu Tuan Guru Aminuddin Anuar.

Pastinya Allahyarham akan berasa bangga dengan kejayaan-kejayaan yang telah tercipta ini sekiranya beliau masih berada bersama kita.

Kejayaan Pertama PSGFM: Penyelidikan Silat Melayu

Kejayaan Kedua PSGFM: Pembentangan Silat di Peringkat Antarabangsa


Kejayaan Ketiga PSGFM: Bengkel Silat Melayu

Kejayaan Silat Melayu

Semoga kejayaan-kejayaan ini menjadi iktibar dan pengajaran berguna kepada semua bahawa Silat menyumbang kepada pembentukan peradaban bangsa Melayu yang telah terbentuk ribuan tahun sebelum ini.

Perjuangan TG Anuar Abdul Wahab wajib diteruskan demi kesinambungan Silat sebagai medium pembentukan bangsa Melayu.

Al-Fatihah untuk Allahyarham TG Anuar Abdul Wahab. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Author: PemegangAmanah